Terdapat sedikit perubahan kepada kadar zakat fitrah Melaka pada tahun ini. Kadar wajb masih sama, perubahan adalah pada kadar galakan.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, mengumumkan kadar zakat fitrah untuk tahun ini yang ditetapkan pada tiga tahap: RM7, RM15, dan RM22. Keputusan ini berdasarkan resolusi Majlis Fatwa Negeri Melaka (Mesyuarat No. 4/2024).
Kadar Zakat:
- RM7 untuk pengguna beras Super Special tempatan.
- RM15 untuk pengguna beras Super Special import.
- RM22 untuk pengguna beras Basmati.
Pengumuman ini dibuat semasa sidang media selepas majlis perhimpunan agensi-agensi Islam di Melaka pada 10 Februari lepas.
Kadar bayaran tersebut ditetapkan berdasarkan harga semasa beras mengikut gred yang menjadi makanan rutin harian umat Islam di Melaka.
Cara Membayar Zakat Fitrah
Umat Islam boleh mula menunaikan bayaran zakat fitrah mulai 1 Ramadan hingga awal pagi 1 Syawal. Cara yang paling mudah untuk membayar zakat fitrah Melaka ialah secara online di:
Portal Zakat Melaka
- Klik pada pautan yang tersedia di Zakat Melaka atau scan QR Code di bawah.
- Isikan maklumat diri dan jumlah tanggungan. Semak kadar zakat yang perlu dibayar berdasarkan jenis beras yang dimakan.
- Buat pembayaran melalui FPX Perbankan Internet (Individu) dan klik ‘Pembayaran’.
- Resit akan dihantar ke emel yang didaftarkan.

Ataupun di kaunter Zakat Melaka.
Waktu Operasi Kaunter Zakat Melaka Sepanjang Ramadan 1446H/2025M
Untuk memudahkan anda dalam menunaikan kewajipan Zakat Fitrah, berikut adalah waktu operasi kaunter Zakat Melaka sepanjang bulan Ramadan 1446H/2025M:
Ibu Pejabat
- Tarikh: 15 Mac 2025 – 30 Mac 2025
- Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat: 8.00 Pagi – 4.30 Petang
- Sabtu & Ahad: 9.00 Pagi – 3.00 Petang
- Rehat Jumaat: 12.30 T/hari – 2.30 Petang
Cawangan-cawangan Zakat Melaka
- Tarikh: 22 Mac 2025 – 30 Mac 2025
- Cawangan:
- Alor Gajah / Masjid Tanah / Merlimau / Jasin
- Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat: 8.00 Pagi – 4.30 Petang
- Sabtu & Ahad: 9.00 Pagi – 3.00 Petang
- Rehat Jumaat: 12.30 T/hari – 2.30 Petang
- Waktu Operasi:
- Pulau Sebang
- Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat: 8.00 Pagi – 4.30 Petang
- Rehat Jumaat: 12.30 T/hari – 2.30 Petang
- Waktu Operasi:
- Alor Gajah / Masjid Tanah / Merlimau / Jasin
Cawangan UTC Melaka
- Tarikh: Sepanjang Ramadan
- Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat: 8.00 Pagi – 4.30 Petang
- Sabtu & Ahad: 8.00 Pagi – 4.30 Petang
- Rehat Jumaat: 12.15 T/hari – 2.45 Petang
Pengenalan kepada Zakat Fitrah
Kalau lah ada yang masih tak tahu. Zakat fitrah adalah salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang mampu. Ia merupakan sumbangan yang diberikan kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadan, sebelum umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah bukan sahaja membersihkan harta, tetapi juga sebagai tanda syukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan.
Manfaat Membayar Zakat Fitrah
- Membersihkan Harta: Zakat fitrah membersihkan harta dan jiwa, menjadikan kita lebih dekat kepada Allah.
- Membantu Golongan Memerlukan: Zakat membantu mereka yang kurang berkemampuan, memastikan mereka juga dapat merayakan Hari Raya dengan gembira.
- Meningkatkan Rasa Solidariti: Membayar zakat fitrah mengeratkan hubungan antara masyarakat dan meningkatkan rasa empati terhadap sesama.
- Mendapat Ganjaran: Menunaikan zakat fitrah adalah amalan yang sangat digalakkan dalam Islam dan akan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.
Soalan Lazim Mengenai Zakat Fitrah
1. Siapa yang wajib membayar zakat fitrah?
- Orang Islam yang wajib mengeluarkan Zakat Fitrah untuk diri, keluarga dan tanggungannya hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut (sumber):
- Mempunyai lebihan makanan atau harta dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi Hari Raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadhan dan masih hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
2. Bilakah waktu yang sesuai untuk membayar zakat fitrah?
- Zakat fitrah boleh dibayar mulai 1 Ramadan hingga awal pagi 1 Syawal.
3. Apakah yang perlu dilakukan jika saya tidak mampu membayar zakat fitrah?
- Jika anda tidak mampu, anda boleh berbincang dengan pihak berkuasa agama untuk mendapatkan nasihat dan bantuan.
4. Adakah zakat fitrah boleh dibayar dalam bentuk wang?
- Ya, zakat fitrah boleh dibayar dalam bentuk wang, tetapi ia haruslah bersamaan dengan kadar yang ditetapkan.
Zakat fitrah adalah satu amalan yang penting dalam Islam yang bukan sahaja membersihkan harta tetapi juga membantu mereka yang memerlukan. Marilah kita sama-sama menunaikan zakat fitrah dengan penuh keikhlasan dan semoga amalan kita diterima oleh Allah.
Sila juga rujuk posting kami ini untuk jadual waktu berbuka Melaka.