Promosi Bufet Ramadan 2025 Kembali

Salam Ramadan kepada semua pembaca blog MelakaCool. Ramadan adalah bulan suci bagi umat Islam, di mana mereka diwajibkan berpuasa dari subuh hingga senja, selama sebulan.

Berbuka puasa (iftar) bersama orang tersayang adalah satu masa yang amat dinantikan untuk menghilangkan lapar dan dahaga sambil menikmati juadah berbuka bersama.

Jika anda sudah biasa berbuka di luar, sudah pasti anda sedang mencari promosi bufet Ramadan yang menarik di Melaka untuk tahun ini.

Suasana meriah di bufet Ramadan, yang dipenuhi dengan gelak tawa dan aroma makanan yang lazat, menjadikan pengalaman menjamu selera yang tidak boleh dilupakan. Sesekali melayan selera makan yang besar tidak ada salahnya. Walaupun harganya agak keras 😀 kadang-kadang keluar makan ke tempat istimewa bersama keluarga sebulan sekali pun sama harganya dengan harga bufet Ramadan.

Apa salahnya kan?

Bufet Ramadan selalunya lebih meriah, dengan kehadiran tetamu yang ramai dan pilihan makanan yang banyak yang pasti membangkitkan mood dan selera.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bufet Ramadan telah menjadi semakin popular di Melaka, menawarkan pelbagai hidangan kuliner yang memenuhi pelbagai selera.

Seperti biasa, kami akan menyenaraikan beberapa hotel dan restoran yang menawarkan bufet Ramadan di Melaka. Namun, jika anda baru sahaja mencarinya sekarang, harga early birds yang lebih murah mungkin tidak banyak. Selalunya, tawaran harga promosi yang menarik berakhir apabila sudah memasuki bulan Ramadan.

Jom lihat senarai yang telah kami sediakan ini dan pastikan anda dapat merasai pengalaman iftar yang menggembirakan tahun ini!

Kemilau Ramadan di Hotel Kobemas Melaka

Untuk tempahan dan maklumat lanjut sila lawat laman FB Hotel Kobemas.

Ramadhan Datang Penuh Cahaya
Sebulan Kita Akan Berpuasa
Bersama Nikmati Hidangan Berbuka
KEMILAU RAMADAN Diberi Nama

Sambut Ramadhan Penuh Keceriaan
Puasa Dan Ibadah Pahala Berganda
Salam Ramadhan Kami Ucapkan
Dari Kami HOTEL KOBEMAS MELAKA

Bermula Dari 3 Mac Hingga 28 Mac 2025, nikmati hidangan berbuka dengan citarasa istimewa seperti Kambing Golek, Satay, Masakan Kampung dan pelbagai lagi hanya di Hotel Kobemas Melaka.

Dapatkan promosi Early Bird pada harga RM 60.00 (Dewasa) Sehingga 2 Mac 2025.

Harga Walk-In:
Dewasa RM 70.00 nett
Kanak-kanak 5-12 tahun, warga emas 60 tahun ke atas serta OKU RM 50.00 nett

Rasa-rasa A’Famosa Bufet Ramadan di Freeport A’Famosa Outlet

Inginkan kelainan semasa berbuka puasa di bulan Ramadan kali ini? Beriftar bufet Ramadan dengan pertunjukan bunga api .

Untuk tempahan dan maklumat lanjut sila lawat laman FB A’Famosa Resort.

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk grab harga Early Bird dia Rasa-rasa Bufet Ramadan A’Famosa. Promo Early Bird: Pembayaran akhir pada 26 Februari 2025!

Tarikh: 2 – 29 Mac 2025
Masa: 6.30PM – 9.30PM
Tempat: Tulip Hall, Freeport A’Famosa Outlet
Harga Early Bird:

Dewasa: RM78
Kanak-kanak/Warga Emas: RM55
Harga Walk-in:

Dewasa: RM98
Kanak-kanak/Warga Emas: RM65
Keterangan:

Kanak-kanak: 4 – 12 tahun (4 tahun ke bawah masuk Percuma)
Warga Emas: 60 tahun ke atas
Jom grab harga Early Bird sekarang & anda dapat jimat RM20/pax!

Iftar Muhibah Buffet Dinner di Hatten Hotel

Nikmati hidangan Ramadan yang mewah, daripada hidangan klasik yang mengenyangkan hingga sentuhan moden, yang direka dengan teliti untuk membawakan anda yang terbaik. Ia adalah tempat yang sempurna untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan, sambil mencipta kenangan indah.

Bermula dari 5 Mac 2025 – 28 Mac 2025

RM 108 untuk dewasa (early birds!) – hingga akhir Februari

Harga Biasa: RM 138 bersih untuk dewasa RM 80 bersih untuk warga emas (55 tahun ke atas) RM 69 bersih untuk kanak-kanak (5-12 tahun)

Banyak lagi tempat menarik selain di atas untuk anda berbuka puasa. Berikut ialah senarai Bufet Ramadan di Melaka 2025 yang boleh anda pergi bersama keluarga ataupun sahabat anda sekitar Melaka.

Nak ajak kami di MelakaCool untuk berbuka puasa bersama pun boleh.

Nama PakejTempatHarga DewasaMaklumat Lanjut
Sentuhan Ramadan Buffet Dinneribis MelakaDewasa: RM78 (early bird). Harga biasa: RM98.FB
Bufet Citarasa IstanaVilla Istana MelakaDewasa: RM65 (promosi). Harga biasa: RM69.FB
Dapoer Nusantara Ramadan BuffetAMES HotelDewasa: RM138 (early bird). Harga biasa: RM148.FB
Bazar Warisan Bufet RamadanMudzaffar HotelDewasa: RM95FB
Buffet Lambaian DesaBayview Hotel MelakaDewasa: RM88FB

Semua harga bufet Ramadan yang dinyatakan di atas mungkin berubah, sila ke laman rasmi atau facebook untuk harga terkini.

Ramadan VS Ramadhan?

Ejaan yang betul: Ramadan
Rujukan: prpm.dbp.gov.my

Penyesuaian ejaan Ramadhan kepada Ramadan telah dibuat mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Penggunaan ejaan Ramadan dalam Kamus Melayu Dewan bermula dari Edisi Kedua pada tahun 1984 lagi.

Entri Ramadan walaupun ditulis begitu, kita bebas menyebutnya dengan bunyi dhod. Tidak ada salahnya. Kamus hanya merakamkan penggunaan mana yang terbanyak.

Begitu juga dengan perkataan buffet. Yang betulnya ialah bufet dan bukannya buffet. Jadi, penggunaan yang betul ialah Promosi Bufet Ramadan dan bukannya Promosi Buffet Ramadhan.

Jom gunakan ejaan yang betul selepas ini.

3 thoughts on “Promosi Bufet Ramadan 2025 Kembali”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.