Melaka Balloon Run 2017

Melaka dikenali dengan sebuah negeri pelancongan. Salah satu tarikan pelancongan adalah program sukan yang dianjurkan oleh samada syarikat kerajaan ataupun syarikat bukan kerajaan. Program sukan yang sering menjadi tarikan adalah acara larian.

Pada 19 Februari 2017, satu program sukan larian dengan tajuk ‘Melaka Balloon Run 2017’ telah diadakan bertempat di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka. Program sukan larian sejauh 5 kilometer ini telah dianjurkan oleh Politeknik Merlimau, Melaka dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi dan Kerajaan Negeri Melaka. Progam Melaka Balloon Run ini juga disertai dengan hashtag #beatcancer apabila setiap RM5 dari penyertaan disumbangkan kepada Persatuan Barah Melaka . Acara dimulakan pada jam 7.00 pagi dengan sesi pemanas badan melalui senamrobik yang diketuai oleh pakar kecergasan. Acara ini terbahagi kepada 4 kategori iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita serta Remaja Lelaki dan Remaja Wanita.

melaka-balloon-run-aerobik
Peserta Melaka Balloon Run 2017 memulakan sesi aerobik sebagai sesi pemanas badan
Kredit Gambar : Instagram Melaka Balloon Run 2017

Seramai 1,000 orang peserta dilepaskan serentak dari garisan permulaan pada jam 7.20 pagi oleh YB Datuk Wira Haji Ghazale bin Muhamad, Timbalan Exco Pelancongan Negeri Melaka. Laluan acara ini adalah dari A Famosa menuju ke persimpangan Mahkota Medical Centre dan seterusnya melakukan pusingan ke arah jambatan Syed Abdul Aziz dan melakukan pusingan U di persimpangan Taman Kota Laksamana sebelum kembali semula ke Jambatan Syed Abdul Aziz.  Acara larian ini ada keunikan sendiri apabila peserta perlu membawa belon bersama-sama ketika berlari. Selain dari peserta dari Malaysia, terdapat juga penyertaan dari peserta Kenya, Russia dan Jepun bagi memeriahkan acara ini. Acara program ini juga mendapat penajaan rasmi dari Brooks, syarikat pengeluar sukan terkenal serta Cowa, syarikat pembekal air minuman berasaskan air kelapa.

melaka-balloon-run-2017
Peserta mengambil gambar bersama YB Datuk Wira Ghazalee, Timbalan EXCO Pelancongan. Kredit Gambar : Instagram Melaka Balloon Run 2017

Selepas tamat acara larian, aktiviti ‘penyejuk badan’ atau ‘cooling down’. Acara penyampaian hadiah utama disampaikan oleh YB Datuk Wira Haji Ghazale bin Muhamad yang menyaksikan 10 hadiah bagi setiap kategori. Selepas itu, YB Datuk Wira Haji Ghazale selaku wakil penganjur menyerahkan replika cek bernilai RM5,500 kepada Persatuan Barah Melaka (PBM).

cek-melaka-balloon-run-2017
YB Datuk Ghazalee menyerahkan cek bernilai RM5,500 kepada wakil Persatuan Barah Melaka, Ms Sharifah Salmah Zain. Kredit Gambar : Instagram Melaka Balloon Run 2017

Terdapat juga acara cabutan bertuah kepada para peserta serta acara tarian tradisional, nyanyian, karaoke serta pembukaan booth-booth pameran oleh agensi Kerajaan dan swasta.

booth-brooks-melaka-balloon-run-2017
Booth Brooks yang menjual kasut dan pakaian untuk para pelari

Tahniah kepada para penganjur yang berjaya dalam melaksanakan aktiviti larian ini yang mampu menyihatkan rakyat Melaka dan juga menarik para pelancong dari luar untuk bersama-sama menjayakan acara ini. Semoga akan ada lagi acara sukan Balloon Run 2018 nanti.

 

Untuk keterangan lanjut, sila layari Facebook Melaka Balloon Run 2017

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.