Sebelum anda meneruskan dengan membaca posting kali ini, sila muat turn aplikasi SVP Smart Parking terlebih dahulu jika anda masih belum melakukannya.
Muat Turun Applikasi SVP Smart Parking Melaka
Sila ke Apple Store atau Google Play, atau search sahaja SVP Smart Parking Melaka di apps store kegemaran anda.
Jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai Melaka parking app yang dinamakan SVP Smart Parking Melaka ini, sila layari lama web rasmi mereka di https://svpmelaka.com
SVP Smart Parking Melaka, sebuah aplikasi telefon pintar yang telah diperkenalkan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), adalah satu kaedah yang lebih efisien bagi membayar caj letak kereta.
Dengan menggunakan aplikasi ini, pengguna dapat melakukan pembayaran caj letak kereta melalui telefon pintar sahaja. Tiada lagi masalah dengan mesin bayaran yang rosak atau jauh dari tempat letak kereta. Anda juga tidak perlu lagi mempamerkan kupon letak kereta seperti sebelum ini.
Langkah ini menunjukkan bahawa Melaka sentiasa ingin terus maju ke hadapan dan mengikuti perkembangan terkini dalam menyampaikan perkhidmatan kepada pengguna. Inisiatif yang diperkenalkan oleh MBMB ini membolehkan pengguna menikmati kemudahan pembayaran yang lebih mudah dan lancar apabila meletak kereta mereka.
Smart Parking Melaka vs SVP Smart Parking Melaka?
Pada asalnya posting kami ini, yang telah diterbitkan pada 2017, ialah berkenaan applikasi telefon pintar Smart Parking Melaka. Kami telah menyediakan tutorial lengkap tentang cara untuk muat turun, dan pasang aplikasi Smart Parking Melaka ke telefon pintar anda.
Namun segalanya berubah pada tahun 2021 apabila Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah mengumumkan peralihan operator sistem tempat letak kenderaan. Ia telah bertukar kepada Syarikat Syntax Valley Parking (M) Sdn. Bhd.
Applikasi telefon pintar yang baru ialah SVP Smart Parking Melaka
Apa Itu SVP Smart Parking Melaka
SVP Smart Parking Melaka adalah sistem parkir pintar yang dibangunkan oleh Syntax Valley Parking (M) Sdn Bhd. Sistem ini menggunakan aplikasi mudah alih untuk membolehkan pengguna membayar tempat letak kereta di kawasan yang ditetapkan di Melaka. Aplikasi ini boleh didapati untuk peranti Android dan iOS.
Untuk menggunakan sistem SVP Smart Parking Melaka, anda perlu memuat turun aplikasi dan membuat akaun terlebih dahulu. Langkah-langkahnya ada di bawah.
Selepas itu anda boleh menambah kredit ke dalam akaun menggunakan kad kredit atau kad debit. Apabila anda bersedia untuk memarkir kereta, anda boleh boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk mencari tempat letak kereta (part ni kami tak cuba lagi) dan membayar bayaran tempat letak kereta. Aplikasi ini juga akan menghantar notifikasi apabila masa tempat letak kereta hampir tamat.
Sistem SVP Smart Parking Melaka direka untuk membuat tempat letak kereta lebih mudah dan efisien bagi pengguna. Tiada lagi keperluan untuk membawa tunai atau mencari mesin tempat letak kereta. Sistem ini juga menyediakan maklumat secara langsung kepada pengguna mengenai ketersediaan tempat letak kereta.
Manual Pengguna SVP Smart Parking Melaka
Kali ini kami rasa beruntung kerana langkah-langkah penggunaannya telah disediakan oleh MBSB. Sila besarkan gambar di bawah atau right-click dan open image in a new tab agar ia lebih terang dan lebih mudah untuk dibaca.
Anyway, tak kiralah cara apa yang anda gunakan, apps download and install sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita. Kita boleh mengagak cara menggunakannya jika antaramuka penggunaannya mudah digunakan.
Senang sahaja nak install dan daftar applikasi SVP Smart Parking Melaka ini.
Sekarang ni anda dah boleh gunakannya. Tak perlu lagi mencari kedai jual kupon parking Melaka. Mudah kan.
Baki Di Dalam Applikasi Lama Smart Parking Melaka
Menurut posting di laman rasmi MBSB, Sebarang tuntutan berhubung baki dalam sistem lama atau penggantian kupon lama hendaklah hadir sendiri ke :
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Jabatan Kewangan,
Aras Bawah, Kaunter 8
Dokumen yang diperlukan :
- Salinan kad pengenalan
- Screenshot baki akhir dalam applikasi Smart Parking Melaka
- Nama Id Pengguna, nombor telefon serta emel yang didaftarkan
- Salinan penyata bank pemilik
Agak pelik juga bila sistem dah online, applikasi pun sudah sedia ada dipasang di telefon pintar, namun bila nak tuntut lebihan baki, kena pergi ke kaunter juga. Kelakar kan?
Walaubagaimanapun, inisiatif applikasi telefon pintar memang terbaik. Segalanya menjadi lebih mudah.
Wang di dlm hanya untuk bayar parking ke?
Boleh transfer keluar wang di dlm kredit ke?
Peralihan Operator Sistem Tempat Letak Kenderaan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah 2021
Mulai 1 Mei 2021, Operator Pengendalian Tempat Letak Kenderaan Dalam Kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah bertukar kepada Syarikat Syntax Valley Parking (M) Sdn. Bhd.
Dimaklumkan aplikasi sistem lama iaitu Smart Parking Melaka telah dinyahaktif dan orang ramai boleh memuat turun aplikasi yang baharu iaitu Smart Vehicle Parking (SMV).
Aplikasi SMV ini boleh dimuat turun di Google Play Store bagi pengguna android.
Bagi pengguna IOS/Harmony OS akan dihalakan terus ke laman sesawang Smart Vehicle Parking bagi tujuan berkaitan sementara mendapatkan kelulusan daripada pihak pengendali aplikasi.
Sebarang tuntutan berhubung baki dalam sistem lama atau penggantian kupon lama hendaklah hadir sendiri ke :
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Jabatan Kewangan,
Aras Bawah, Kaunter 8
Sila hubungi MBMB di 06-285 9700 atau 06-333 3333 untuk maklumat lanjut.
Assalamualaikum nak tanya,semua tempat parking majlis ke ada guna sistem ni?
Waalaikumussalam.
Ya, kegunaan apps adalah untuk seluruh negeri Melaka. Kalau tak guna apps, kupon masih boleh digunakan.
MPJ pun cover ke
Ya, maklumat ni kami perolehi dari MBMB sendiri semasa artikel ini ditulis. Kalau ada apa apa pertanyaan, Puan boleh hubungi MBMB melalui no. telefon yang kami kongsikan di atas.
Mengapa perlu memasukkan duit minima RM10. Mmg tidak adil kpd pelawat yg singgah sebentar di Melaka… nk bayar parking RM1.20.tapi kene kreditkan RM10. Takde cara lain ke nk buat duit selain dari kumpul wang melaului ewallet. Nk beli kad parking pun kene beli satu buku…
Maaf bang, bab ni kami tak boleh nak tolong buat masa ni. Kena tanya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sendiri mengenai melaka parking app ni.
Kalau ada apa apa maklumat terbaru, kami akan kongsikan di sini.