Hari Kemerdekaan yang ke 63 disambut di Negeri Melaka meskipun dalam norma baharu. Salah satu program yang telah diatur adalah program Konvoi 3 hari Semarak Merdeka Melaka 2020 yang melibatkan penunggang motosikal berkuasa tinggi pada 28 Ogos ini.
Program ini akan bermula di Pusat Pelancongan Malaysia di Kuala Lumpur. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis, program yang memasuki tahun ketiga ini menumpu untuk menyemarakkan hari Kemerdekaan yang ke 63 serta mempromosikan sektor pelancongan di Melaka.
Menurutnya, program yang di anjurkan oleh Bahagian Promosi Pelancongan Jabatan Ketua Menteri Melaka ini dengan kerjasama Kelab Fast Bikes serta disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia serta beberapa agensi kerajaan.
Dijangkakan terdapat 58 motosikal berkuasa tinggi yang akan menyertai program konvoi yang melibatkan peserta tempatan dari seluruh negeri.
Peserta konvoi juga akan mengadakan kempen kesedaran mengenai COVID-19 terutama berkenaan SOP yang perlu dilakukan oleh penduduk Malaysia. Selain itu peserta juga akan membantu dalam memperkenalkan aplikasi rasmi kerajaan negeri iaitu Melaka eXcess.
Menurut Jailani, sektor pelancongan akan menjadi fokus penting dalam program tersebut bagi membantu memperkenalkan pelancongan yang kurang dikenali seperti Pusat Pemuliharaan Penyu di Padang Kemunting dan Pusat Falak Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Dalam kenyataannya beliau juga memaklumkan bahawa statistik 2018 menunjukkan bahawa terdapat 786,000 biji telur penyu telah mendarat di kawasan tersebut dimana 56,000 anak penyu telah dilepaskan ke laut.
Rujuk juga : Padang Kemunting Bakal Jadi Perkampungan Mesra Penyu
Kredit Gambar : Melaka Hari Ini