Pasukan Melaka Bakal Diswastakan Musim Depan | Logo Baharu Melaka United Di Lancarkan

Pasukan bola sepak kebanggaan rakyat Melaka dijangka akan bertukar rupa pada musim depan. Jika pada musim lepas isu tunggakan gaji menyebabkan skuad Kancil di potong tiga mata serta berhadapan tindakan FAM dan FIFA tetapi dijangkakan ada perubahan.

Baru-baru ini, Logo Baharu Melaka United telah dilancarkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali. Bersempena dengan pelancaran logo itu juga Melaka United bakal diswastakan sebagai sebuah kelab bola sepak professional di Malaysia.

Menurutnya lagi, setelah 96 tahun bernaung di bawah Kerajaan Negeri, tiba masanya untuk skuad bola sepak Melaka United bergerak sendiri bermula pada musim 2021. Kelab Bola Sepak Melaka United ini bakal dijenamakan semula bagi memastikan kesinambungan skuad bola sepak yang membawa jenama negeri Melaka ini.

Logo pasukan bola sepak melaka united

Logo baharu Melaka United mengekalkan pokok sebagai identitinya selaras dengan negeri Melaka yang lahir dari sejenis pokok. Warna hijau dan putih kekal menjadi identiti pasukan Melaka United.

Logo ciptaan penyokong Melaka United ini terpilih daripada hampir 100 penyertaan dalam Pertandingan Mencipta Logo Melaka United yang berlangsung dari 4 hingga 20 Ogos lepas.

Ada sedikit isu tentang logo tersebut apabila ianya dikatakan mirip jenama sebuah syarikat dari Australia.

Walaubagaimanapun selaku penyokong pasukan Melaka United, Melakacool tetap menyokong perjuangan supaya kelab bola sepak negeri Melaka berdiri bebas dari kerajaan negeri.

Mungkin pelbagai kaedah perlu dilakukan oleh syarikat yang mengendalikan Melaka United selepas ini. Seeloknya tonggak yang menerajui pasukan lebih telus dan lebih professional dalam pemilihan pemain.

Pengurusan juga perlu mengetahui tentang selok belok perniagaan bagi memastikan kelangsungan pasukan Melaka United. Melakacool juga berharap agar pasukan Melaka United mempunyai pakar pemasaran dalam memastikan kelab ini gah bukan sahaja di Melaka sebaliknya mampu pergi ke seluruh dunia.

Kami juga berharap penswastaan ini akan meningkatkan lagi hidup bersukan di kalangan rakyat Melaka amnya. Mungkin selepas ini merchandise pasukan Melaka United seperti Jersi Bola Sepak Melaka United akan lebih mudah didapati serta dengan harga yang lebih menarik.

Pasukan Melaka United juga boleh menjadi satu kelab bola sepak yang mampu bersaing dengan pasukan-pasukan handalan serta mampu merangkul kejuaraan dalam Liga Malaysia dan mungkin boleh pergi ke peringkat AFC.

Sumber Gambar : FB MUSA, Twitter MUSA dan Twitter Berita Bola Sepak

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top