Mencari port sarapan pagi yang sedap di Jasin? Nak sarapan di mana kalau ke Jasin? Banyak tempat dan banyak pilihan sarapan pagi yang sedap di Jasin sebenarnya.
Pada hari Khamis lepas Majlis Perbandaran Jasin menerbitkan catatan baru di Facebook rasmi mereka mengenai Port Sarapan Pagi Yang Sedap Di Jasin. Jarang catatan Facebook MPJ mendapat like yang banyak, tetapi kali ini ia mendapat hampir 200 like, 140 komen dan 874 perkongsian. Satu perkara yang jarang berlaku di Facebook MPJ.
Di bawah kami kongsikan semula catatan Facebook MPJ. Beri kami masa untuk jalan-jalan cari makan di Jasin dan nantikan review kami untuk setiap kedai di bawah.
Senarai Port Sarapan Pagi Yang Sedap Di Jasin
1. Kedai Pak Chat

Ramai yang komen yang lontongnya sedap. Lokasi Kedai Pak Chat adalah bersebelahan Pejabat Daerah dan Tanah Jasin, Taman Bahagia 77000 Jasin. Lokasi GPS yang diberikan adalah 2.304937, 102.423600. Sila klik link untuk membuka Google Map.
2. Kedai Kuning Pantai Siring

Kedai ini pun ramai peminatnya. Nasi lemak sedap. Lempeng sedap. Kuih udang sedap. Mee rebus sedap. Semuanya sedap-sedap. Lokasinya di Pantai Siring, 77300 Merlimau. Lokasi GPS yang diberikan adalah 2.141312, 102.3594. Sila klik link untuk membuka Google Map.
3. Warung Kari Kambing Power & Asam Pedas Claypot adalah antara Port Sarapan Pagi Yang Sedap Di Jasin
Ramai yang katakan kari kambing kedai ini memang sedap. Bukan sahaja sedap, tetapi harganya pun berpatutan. Kalau nak cuba, kena datang awal. 2 ekor kambing dimasak setiap hari. Warung dibuka 6:30 pagi, tetapi 8:00 pagi dah habis!
Selain dari kari kambing powernya, Warung Kari Kambing & Asam Pedas Claypot ini menyediakan sarapan pagi yang best seperti nasi lemak, lontong, lontong kering, asam pedas claypot, tauhu sumbat, masak lemak cili api dan bermacam lagi.
Warung Kari Kambing Power & Asam Pedas Claypot
Jalan Tambak Merlang 1, Simpang Bekoh, Jasin, Melaka
Dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat. Dari 6:30 AM ke 3:00 PM.
4. Restoran D’Aisyah

Dalam post kami bertajuk Lokasi Makan Malam Best di Jasin, kami ada menyebut mengenai populariti Restoran D’Aisyah di Kelubi ni. Cuma ia sedikit jauh dari Jasin. Roti canainya sedap dan penyediaan makanan juga cepat. Menu sarapan pilihan di sini ialah roti canai kosong dengan kari kambing.
Alamatnya di MPJ No 5, Taman Kesang Indah, Jalan Sidang Haji Md Nor, Kampung Kelubi, 77000 Jasin. Lokasi GPS yang diberikan adalah 2.318812, 102.4154. Sila klik link untuk membuka Google Map.
5. Kedai Makan Dak Lin
Kedai makan Dak Lin menyajikan makanan dari Terengganu seperti nasi kerabu, nasi dagang, celup tepung dan lain-lain.

Waktu operasi kedai makan Dak Lin adalah seperti berikut:
Isnin cuti
Sselasa 3 PM – 7 PM
Rabu hingga Ahad 8 AM – 7PM
Kedai akan ditutup jika hari hujan. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila hubungi +601111395855 atau rujuk terus di FB mereka.
Kedai ini terletak persisiran Pantai Siring, di Jeti Anjung Batu Umbai. Alamatnya Lot 1403, Jalan Pantai Siring, 77300 Merlimau. Lokasi GPS yang diberikan adalah 2.141863, 102.359192. Sila klik pada pautan untuk membuka Google Map.
6. Warung Che Ta

Kalau anda mencari masakan berasaskan sarapan Pantai Timur boleh lah datang ke Warung Che Ta ni. Memang specialty mereka. Ada laksam, nasi minyak, nasi dagang dan bermacam lagi. Keropok lekor pun ada.
Keropok lekor merupakan menu popular di Warung Che Ta Melaka. Keropok lekor ini dihasilkan oleh mereka sendiri di Jasin dengan bahan-bahan yang diimport dari Terengganu. Air Nira (tuak) kelapa juga ada disini.
Alamatnya seperti berikut:
Warung Che Ta
7932 Jalan Melati, Taman Maju, 77000 Jasin
Lokasi GPS yang diberikan adalah 2.298312, 102.4204. Sila klik pada pautan untuk membuka Google Map. Rujuk di sini untuk ke laman Facebook Warung Che Ta.
7. Warung Pak Ngah Hamid

Lontong dan roti telurnya memang terbaik.
Lokasinya bersebelahan Sekolah Seri Mahkota, Kampung Pulai, 77300 Merlimau. Lokasi GPS yang diberikan adalah 2.145062, 102.3668. Sila klik link untuk membuka Google Map.
8. Kari Kambing Pak Atan

Alamatnya ialah Gerai MPJ No 1, Simpang Bekoh, 77000 Jasin. Lokasi GPS yang diberikan adalah 2.356812, 102.5118. Sila klik link untuk membuka Google Map.
9. Kedai Ishak Sekeluarga

Alamatnya ialah Lorong Rabiah Pit, Merlimau. Berdekatan BSN Merlimau. Lokasi GPS yang diberikan adalah 2.149687, 102.426095. Sila klik link untuk membuka Google Map.
10. Mee Lorong Haji Yahya

Ia dibuka pada hari bekerja sahaja, iaitu hari Isnin sehingga Jumaat. Dari jam 7:00 pagi sehingga waktu makan tengahari. Sabtu, Ahad dan hari cuti umum memang tak buka. Kalau nak ke sini, memang kena datang hari kerja.
Alamatnya ialah 16, Jalan Demang Haji Abu, 77000 Jasin. Berdekatan bulatan pekan Jasin. Lokasi GPS yang diberikan adalah 2.310812, 102.4306. Sila klik link untuk membuka Google Map.
11. Kedai Sambal Sotong Kak Long

Kedai Sambal Sotong Kak Long terletak di Jalan Baru Kampung Air Baruk, berhadapan Baruk Escape. Lokasi GPS yang diberikan adalah 2.311562, 102.4266. Sila klik link untuk membuka Google Map.
Cukuplah 11 tempat untuk mencari sarapan di Jasin. Pihak Melakacool belum sampai lagi ke sini. Kalau anda sudah bersarapan di mana-mana kedai di atas, kongsikan dengan kami menu sarapan yang paling best ya.
So, macam mana. Dan merancang untuk jalan-jalan cari makan di Jasin?
Anda boleh rujuk ke pautan ini untuk ke catatan asal Facebook MPJ tersebut. Kalau nak mencari makan malam pula, rujuk posting Lokasi Makan Malam Best di Jasin kami sebelum ini.