Anda tahu rupa bentuk Penyu? Biasanya kalau kita dengar tentang Penyu pasti teringat tentang negeri Terengganu yang terkenal dengan Penyu.
Tahukah anda di Melaka terdapat lokasi dimana terdapat pusat penyelidikan mengenai penyu ? Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu yang terletak di Padang Kemunting, Masjid Tanah merupakan lokasi bagi tugas pengurusan dan pemantauan aktiviti pendaratan penyu di pantai dan pulau di Melaka.
Ini kerana jumlah pendaratan dan peneteasan telur Penyu Karah merupakan antara tertinggi di Semenanjung Malaysia. Pusat Pengurusan Penyu Padang Kemunting telah ditubuhkan sejak tahun 1990. Ia diuruskan oleh Jabatan Perikanan Melaka sebagai tempat penetasan dan pusat makluamt.
Pusat ini memantau kemunculan penyu di kawasan tersebut serta memastikan tiada berlaku kecurian telur serta memastikan penyu-penyu dapat bertelur dengan selamat.
Kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini merancang untuk mewujudkan Perkampungan Mesra Penyu bagi memberikan kesedaran tentang spesies yang terancam itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Md. Rawi Mahmud optimis untuk menjayakan projek Pantai Kemunting sebagai Perkampungan Mesra Penyu berdasarkan rekod pendaratan tertinggi spesis itu di dalam negara ini.
Ia juga sebagai usaha untuk menjadikan Pantai Kemunting sebagai pusat pelancongan terkenal di negeri Melaka ini.
Perkampungan ini dijangka akan mendekatkan orang ramai bagi menghargai spesis yang menjadikan pantai tersebut sebagai kawasan penetasan telur serta meningkatkan kadar populasi spesies penyu tersebut agar tidak pupus.

Md. Rawi berkata ‘Perubahan ekosistem telah mengakibatkan penyu ini memilih pantai Kemunting sebagai tempat bertelur. Pembangunan tidak terancang mengakibatkan spesies ini hampir pupus seperti yang berlaku di Pulau Upeh yang mencatatkan pendaratan penyu tertinggi sebelum ini namun hari ini tiada lagi pendaratan penyu direkodkan”.
Beliau berkata demikian semasa sidang media Program Pelepasan Penyu Pra Gelombang Nelayan (GNN) 2017 Peringkat Negeri Melaka , di Padang Kemunting pada 1 Oktober lalu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Melaka, Johari Tim memaklumkan bahawa sebanyak 9,020 jumlah pendaratan penyu karah direkodkan di negeri ini sejak tahun 1990 dengan jumlah 1.6 juta biji telur dihasilkan. Pada program itu, sebanyak 102 anak penyu karah dilepaskan ke pantai sekitar Melaka.

Sumber :- Berita Harian
Melaka Hari Ini , 3 Oktober 2017
Untuk keterangan lanjut , sila hubungi :-
Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Melaka
Address: Padang Kemunting, 78300 Masjid Tanah, MELAKA.
No Telefon : 063846754 (Pejabat )
En Mohammad (019-6443925)
Miss Nurshahfiza (019-6328253)
Lokasi Google Maps ke Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Melaka
Video Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu