Kek Lapis Elzha Melaka: Kek Lapis Jenama Melaka Yang Semakin Dikenali

Pernah dengar Kek Lapis Elzha Melaka? Biasanya kalau kita dengar pasal kek lapis pasti terbayang tentang kek lapis yang dihasilkan di Sarawak. Di Melaka sendiri kek lapis Sarawak memang popular, malahan terdapat banyak pasaraya yang menjual kek lapis Sarawak.

Melihatkan peluang ini, terdapat ramai pengusaha perniagaan yang mengusahakan pengeluaran kek lapis di Melaka. Namun seorang usahawan wanita, Elil Husna mengambil inisiatif berbeza dengan mengusahakan dan mempopularkan kek lapis menggunakan jenama dan identiti tersendiri. Dan usahanya disokong penuh oleh suaminya, Zharif Khalid.

Yang pasti, Kek Lapis Elzha Melaka adalah buatan anak Melaka yang mempunyai citarasa tersendiri.

Kek Lapis Elzha Melaka
Kek Lapis Elzha Melaka seronok di makan dengan air kopi di waktu petang.

Bagaimana Kek Lapis Elzha Melaka Bermula

Nama Kek Lapis Elzha ini semakin meniti di bibir penggemar kek lapis di Melaka. Jenama Elzha itu datangnya dari gabungan nama isteri dan suami – Elil dan Zharif. Kek lapis Elzha mula diasaskan pada Oktober 2015 bermula di Shah Alam. Ia kemudian mula berpindah di Jabatan Pertanian Melaka Tengah di Pulau Gadong atas tawaran Jabatan Pertanian Melaka pada Februari 2017.

Berbekalkan sokongan Jabatan Pertanian Melaka Tengah mereka mula mencipta identiti tersendiri dalam pembuatan kek lapis. Di kawasan yang lebih selesa, EZ Elyzhaf Enterprise mampu menghasilkan sekitar 120 hingga ke 240 kek sehari.

Dengan harga berpatutan iaitu antara RM10 hingga ke RM30 sudah pasti ia akan menjadi satu lagi tarikan pelancongan berasaskan makanan dari Melaka.

Kek Lapis Elzha Melaka - Abang Sado
Kek lapis abang sado yang pasti memikat hati peminat kek lapis

Kemenangan dalam Program Bimbingan Usahawan (PBU) anjuran Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2015 merupakan pemangkin untuk mereka lebih serius dalam perniagaan ini. Dengan modal permulaan RM300, mereka bertungkus lumus untuk menghasilkan kira-kira 30 jenis perasa berbeza. Perisa yang mendapat sambutan adalah seperti vanila keju, pandan keju, cip coklat, nutella, beri biru keju dan masam manis.

Paling menarik apabila terdapat perasa Abang Sado dan Anak Daro yang memberikan kelainan dan keunikan kepada kek lapis Elzha ini. Pasangan suami isteri ini juga mempunyai perancangan untuk menembusi pasaran antarabangsa dan akan mensasarkan untuk memasuki pasaran China menjelang tahun 2020.

Populariti yang diraih oleh kek lapis Elzha ini semakin berkembang dan mereka memperkenalkan konsep agen bagi memberikan peluang kepada ramai peminat kek lapis ini menikmatinya dengan lebih mudah. Menurut pengasasnya, terdapat kira-kira 100 agen yang telah dilantik di seluruh negara bagi meluaskan lagi pasaran kek lapis ini.

Dengan konsep agen ini  anda tidak perlulah nak beratur panjang kalau nak membeli kek lapis ini. Hanya berhubung dengan agen-agen berdekatan dan kek lapis ini akan dihantar kepada anda.

Seiring dengan perkembangan semasa, kek lapis Elzha juga boleh didapati secara online di AmaxMall.com dan juga di laman web rasmi mereka.

Atau anda boleh dapatkannya di Shopee. Mudah bukan.

Kak lina pom pom a.k.a Minah Selamat so funny.. Bomm kebabommm.. Terkejut aii.. 😂 Elzha Kek Lapis, geramnya tengok.. Aromanya, uhhh menggodanya, lapisannya yang lembut suap ke mulut nikmatnya, rasa yang kurang manis dan berlemak. Woww.. Best nyaaa!!! Dengan Pembelian Elzha Kek Lapis, Member Card dan berpeluang sertai peraduan cabutan bertuah hadiah istimewa.

Untuk keterangan lanjut:

Kek Lapis Elzha
https://elzha.com.my
https://www.facebook.com/elzhaofficial
016-3971993

Anda boleh dapatkannya di Shopee.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top