Seperti yang diketahui umum, Melaka kaya dengan peninggalan sejarah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Antara peninggalan yang hebat tentunya artifak-artifak di istana lama Melaka. Namun, dek kerana waktu ketika perintahan Sultan Mansur Shah pada 1456 hingga 1477 maka peninggalan itu telahpun hilang. Walaubagaimanapun, kajian serta rekod peninggalan ahli sejarawan membolehkan sebuah replica Istana Kesultanan Melaka di bina semula di Melaka dan sehingga kini menjadi kunjungan orang ramai sama ada pelancong dari dalam mahupun luar Negara.
Replika Istana Sultan Mansur Shah ataupun muzium yang menempatkan susun atur istana zaman dahulu serta artifak yang dipamerkan ini dibuka secara rasmi lebih 20 tahun yang lalu iaitu pada 17 Julai 1986. Antara barangan ataupun artifak yang ditempatkan di dalam muzium ini termasuklah cetakan gambar dan lukisan yang mewakili sejarah serta budaya KEsultanan Melayu Melaka pada tempoh pemerintahan Sultan Mansur Shah. Item terkumpul adalah lebih kurang sebanyak 1350.
Muzium tiga tingkat ini terletak di Jalan Kota, berdekatan dengan beberapa muzium sejarah yang lain. Bangunan ini mempunyai 8 bilik dan 3 galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, 1 senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan juga dewan Islam. Galeri yang terdapat di sini mempamerkan replica sesi pertarungan dua pahlawan Melayu iaitu Hang Tuah dan Hang Jebat, pameran senjata Melayu, pakaian tradisional Melayu, barangan kemas dan juga barangan Loyang. Muzium ini sesuai dilawati bagi memberi pendedahan mengenai artifak-artifak sejarah dan secara tidak langsung mengenali budaya Zaman Kesultanan Melaka dengan lebih jelas.
Bayaran masuk ke muzium ini adalah sangat berpatutan dan ia menjadi salah satu tempat wajib lawat di Melaka. Bagi dewasa, hanya RM1 dikenakan dan kanak-kanak ataupun pelajar hanya perlu membayar RM0.50 setiap orang. Muzium ini beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5.30 petang. Hal ini membolehkan para pengunjung melawati muzium pada bila-bila masa termasuk pada hari cuti.
Sebarang maklumat tambahan, anda bolehlah menghubungi talian:
Tel: +606-282 7464 / +606 282 6526 / +606 281 1289
ataupun terus ke muzium berkenaan di alamat:
Muzium Istana Kesultanan Melaka,
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan,
Jalan Kota, 75000 Melaka.
Saya Ashraf dari Tangkak,nak tanya untuk harga rombongan sekolah ada potongan harga tak? Untuk 36 orang pelajar dan 4 orang guru pembimbing.SMK Tun Mamat
sila tuan berhubung dengan pihak PERZIM..
kami tiada hubungan dengan pihak pengurusan Istana Kesultanan Melayu Melaka..
maaf tidak dapat membantu.