Jasin adalah salah sebuah daerah di negeri Melaka yang semakin berkembang pesat sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Melaka sebagai negeri Bandar. Pertumbuhan ekonomi di daerah Jasin bertambah maju dengan pembangunan institusi pendidikan, pasaraya membeli belah, kilang-kilang, penjara industri dan perumahan yang semakin banyak di kawasan ini.
Selain di kawasan Bandar Melaka, terdapat banyak pengusaha homestay di Jasin. Untuk entri kali ini Melakacool.com akan mencadangkan 3 homestay yang melibatkan 3 premis bangunan iaitu rumah semi detached Taman Maju, Rumah Kedai Taman Asia Selatan dan Kedai Taman Jus Perdana. Bagi homestay Taman Maju dan Taman Asia Selatan, jaraknya hanya sekitar 3 kilometer dari Bandar Jasin dan hampir 5 kilometer dari exit lebuhraya PLUS Lipat Kajang, Melaka. Manakala bagi homestay kedai Taman Jus Perdana pula agak jauh iaitu sekitar 20 km dari Jasin.
HOMESTAY SEMI D TAMAN MAJU, JASIN