Anda inginkan percutian di tepi pantai ? Tapi tak mau yang terlalu sesak dengan orang ramai ? Di Melaka banyak pantai yang menarik dan salah satunya ialah di Kuala Linggi. Di Kuala Linggi banyak lokasi yang menarik untuk anda bersantai dengan keluarga sambil menikmati pemandangan laut.
Melihat kapal kontena yang melalui laluan pantai Kuala Linggi merupakan sesuatu yang menarik. Di kala senja anda boleh melihat pemandangan cantik matahari terbenam yang cukup mengkagumkan. Sambil boleh bergambar dengan pokok bakau yang masih utuh di kawasan pantai dan dapat menaiki buaian yang digantung di dahan pokok tersebut.
Pengalaman itu anda boleh nikmati di Umang-umang Chalet. Chalet Umang-umang menawarkan alternatif percutian yang sunyi dan santai tanpa gangguan hiruk pikuk bunyi kenderaan. Ini kerana ia berada dalam 1 kilometer dari jalan besar Kuala Linggi dan hanya ada satu sahaja chalet lain berdekatan.
Lokasi Umang-umang chalet ini hanya 8 kilometer dari Pekan Kuala Sungai Baru dan hanya 3 kilometer dari RTC Kuala Linggi, Melaka.
Umang-umang chalet berkonsepkan penginapan santai. Berikut merupakan maklumat penginapan :-
JENIS BILIK DAN HARGA BILIK UNTUK 1 UNIT
Bilik family 2 unit
rm280.00 (seunit)
(2 katil queen dan 1 katil single)
Bilik deluxe 4 unit
rm150.00 (seunit)
(2 katil single)
Bilik standard 18 unit rm150.00 (seunit)
(1 katil king)
Bilik seaview 10 unit rm170.00 (seunit)
( 1 katil king)
Bilik Beach 5 unit
rm120.00 (seunit)
(1 katil queen, bentuk bilik 3 segi)
Bilik superbeach 3 unit rm170.00 (seunit)
(1 katil king)
Bilik superiorbeach 4 unit rm180.00 (seunit)
(1 katil king dan 1 katil single)
Bilik family Seaview 12 unit
Rm260.00 (seunit)
(2 katil queen)
PAKEJ MAKAN :
A : Minum petang, bbq, sarapan Dan lunch.
1. Rm75.00 dewasa (4 x makan)
Rm52.50 Kanak-kanak 5-12 tahun
B : Minum petang, makan malam berlauk, sarapan Dan lunch(4x makan)
Dewasa : Rm60.00
Kanak-kanak 5-12 tahun : rm42.00
C : Bbq dan sarapan.
Dewasa : rm55.00
Kanak-kanak 5-12 tahun : rm38.50
D :Makan malam berlauk dan sarapan.
Dewasa : rm40.00
Kanak-kanak 5-12 tahun : rm28.00
Sewaan lain:
Dewan serbaguna rm300.00
Portable p.a system rm100.00
Karaoke rm300.00
Sukaneka:
Dewasa rm20.00
Kanak-kanak rm10.00
8 game
Pemberian Hamper mengikut kumpulan.
Kanak-kanak yang masuk sukaneka semua akan dapat hadiah.
# Jika amik 3 bilik ke atas wajib amik pakej makan di umang umang.
# UNTUK MAKLUMAN PORT LUCK, MEMASAK DAN BBQ SENDIRI TIDAK DIBENARKAN.
Kawasan parking yang agak luas memudahkan untuk anda meletakkan kenderaan anda. Terdapat juga kawasan lapang yang membolehkan anak-anak kecil untuk bermain basikal atau berlari-lari. Disediakan juga mini taman permainan untuk sesi riadah bagi kaum keluarga mengadakan aktiviti santai.
Terdapat juga ruang dewan terbuka yang memudahkan untuk anda mengadakan aktiviti seperti kelas,ceramah atau lain-lain.
Sekiranya bernasib baik, anda mungkin boleh terserempak dengan penyu yang ingin bertelur di kawasan tersebut. Pasti akan menjadi satu pengalaman menarik seumur hidup anda.
Selain itu, Umang-umang chalet juga menyediakan kemudahan seperti pakej memancing, Team Building, Perkahwinan serta acara-acara lain.
Alamat Umang-umang Chalet
:-
Umang-umang Chalet ( Hermit Crab Chalet)
Lot 602, Batu 31, Bukit Darat, Pantai Kuala Linggi
78200 Kuala Sungai Baru,
Melaka
Laman Web :- http://umangumangchalet.blogspot.my/
Lokasi Google Maps, Klik Sini
GPS : 2.372904, 101.974904
Untuk tempahan boleh hubungi
Puan Dayang :- 016-6650167
Puan Iera : 012-2447804
p/s : Tahukah anda apa itu Umang-umang? Umang-umang adalah sejenis haiwan yang menyerupai Ketam. Rujuk Wikipedia untuk keterangan lanjut