Kerja Kosong Melaka – Adakah Anda Terkesan Dengan PKP

Mencari kerja kosong Melaka? Senang ke nak cari kerja kosong di Melaka?

Ramai yang hilang pekerjaan akibat PKP. Industri pelancongan di Melaka pun terjejas teruk akibat Covid-19. Sejak PKP ada beberapa hotel di Melaka yang telah ditutup. Ramai yang hilang pekerjaan.

Antara hotel-hotel yang telibat ialah:

  • Hotel Ramada Melaka
  • Hotel Mahkota Melaka
  • Hotel Emperor Melaka

Akibat Covid-19, operasi perniagaan mereka tidak dapat dipertahankan dan hotel-hotel tersebut terpaksa ditutup dan perkerja-pekerja dibuang. Ada hotel yang telah beroperasi hampir 40 tahun pun terkesan dengan Covid-19.

Semuanya Kerana Covid-19

Pada Jun 2020, BH melaporkan kadar pengangguran Malaysia meningkat kepada 5.0 peratus pada April berbanding tempoh sama tahun lalu susulan pertambahan individu menganggur meningkat ketara kepada 778,800.

Manakala Sinar Harian melaporkan 81,056 penduduk Malaysia hilang pekerjaan sejak Januari sehingga September. Itu adalah statistik rasmi yang dilaporkan oleh Menteri Sumber Manusia berdasarkan statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Dalam 3 bulan sahaja, iaitu antara Mac dan Mei, ia telah meningkat sebanyak 104 peratus.

Itu statisktik rasmi berdasarkan data pencarum Perkeso, tetapi bagaimana pula mereka yang tidak mencarum. Sudah tentu jumlah mereka yang hilang sumber pendapatan lebih besar.

Pada 16 Mac 2020, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah membuat ucapan rasmi dan secara rasmi mengumumkan perintah kawalan pergerakan dimulakan pada 18 Mac. PKP berlarutan sehingga bulan Mei. Perniagaan terpaksa ditutup dan ada yang ditutup terus.

Selepas itu, bila kes Covid-19 semakin menurun, PKPB diperkenalkan dan rakyat Malaysia lebih bebas untuk bergerak. Kebanyakan sektor dan aktiviti ekonomi dibenarkan beroperasi sambil mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Kerajaan. Aktiviti keagamaan tertentu di masjid dibenarkan, tetapi dengan beberapa sekatan.

Selepas penurunan statistik Covid-19, tadika, taska, pusat jagaan kanak-kanak dan sekolah mula beroperasi semula.

Datang pula gelombang ketiga dan PKPB telah dilaksanakan semula. Buat masa ini seperti apa yang kami nyatakan di artikel Resipi Buah Melaka, PKPB telah dilaksanakan semula sehingga Disember.

Mereka Yang Dah Hilang Kerja Senang Ke Nak Cari Kerja? Kerja Kosong Melaka Ada? Jawatan Kosong Melaka Ada?

Berdasarkan apa yang kami lihat di portal-portal carian kerja yang ada di Malaysia ini, masih terdapat kerja kosong di seluruh Malaysia dan juga di Melaka. Tetapi adakah kerja itu sesuai dengan mereka yang diberhentikan? Itu kami tidak pasti.

Mudahkah para pramugari dan pramugara, dan juga jurutebang mencari kerja baru? Anda tahu kan berita pemberhentian pekerja Malindo Air yang memberi kesan kepada 2,600 pekerja.

Kami pasti, pada masa ini, mereka yang terkesan akibat perberhentian kerja tidak akan terlalu memilih kerja. Tak kiralah kerja kosong tetap, kerja kosong part time atau kerja kosong kontrak, pastinya akan dimohon.

Portal dan Laman Web Terbaik Untuk Mencari Kerja Kosong Melaka

Sebelum anda mulakan pencarian kerja, pastikan resume untuk mencari kerja kosong telah dikemaskini. Semua dokumen berkaitan juga telah diimbas dan disimpan dalam bentuk PDF. Anda juga mempunya gambar terbaru yang sedia untuk dimuatnaik.

Yang Tak Bagus

Ada banyak portal dan laman web mencari kerja sebenarnya, tetapi bukan semuanya bagus. Kita ambil contoh MyStarJob.com iaitu laman cari kerja penerbit suratkhabar The Star.

MyStarJob

Kami membuat tapisan negeri dan memilih Melaka. Hanya 1 kerja kosong disenaraikan, itupun jawatan kosong dari Star Media Group.

Advertising Agent

Job Description
Represent Star Media Group to expand and grow client base in your respective areas. Sell advertising inventories across all Star Media Group platforms such as digital (online), radio, OTT, newspaper and magazine
….

Tak perlulah gunakan MyStarJob untuk mencari kerja kosong Melaka.

kerja kosong melaka dan jawatan kosong melak

Yang Bagus

Berikut disenaraikan portal dan laman web untuk mencari kerja kosong Melaka. Pada kami, portal dan laman web tersebut sentiasa dikemaskini, mudah diakses dan mudah digunakan.

1. JobStreet

Ini adalah portal pencarian kerja pilihan kami. Sama ada di PC, Laptop mahupun di telefon mudah alih, penggunaannya amat mudah.

Sejak tahun 1997, JobStreet.com telah berkembang untuk menjadi salah satu laman web carian kerja kosong yang terkemuka di Asia-Pasifik. Ia yang telah mengubah cara carian kerja di Malaysia.

Antaramuka yang mudah dan pendaftaran pula boleh dikaitkan dengan akaun Facebook anda. Jika anda sudah mempunyai resume yang lengkap, untuk melengkapkan profile anda di Jobstreet amat mudah dan cepat.

Mencari dan memohon kerja kosong juga mudah. Kalau nak cari kerja kosong Melaka, carilah di sini.

2. Monster

Ada di antara tim kami yang memang menggunakan monster sejak dilancarkan pada 1994 lagi. Antara pilihan kami untuk mencari kerja selain JobStreet kalau nak mencari kerja kosong Melaka.

3. FastJobs

Selain laman web, FastJobs juga mempunyai aplikasi mudah alih. Mereka boleh menghubungkan pencari pekerjaan dengan majikan dengan cepat. Oleh kerana aplikasi mereka agak baru dan baru saja memasuki pasar, ketersediaan perbagai posisi agak terbatas. Namun kami tidak mempunyai masalah untuk menyenaraikan beberapa kerja kosong sebentar tadi.

4. MauKerja

Namanya agak kelakar tetapi pangkalan data jawatan kosongnya agak banyak. Antara muka laman web ini sangat menarik dengan maskot comel dan menu yang dapat dilayari dengan mudah.

Buat masa ini, MauKerja tidak banyak menyenaraikan pekerjaan dengan bayaran gaji yang tinggi. Mereka masih baru, ini mungkin akan berubah kemudian apabila laman web ini semakin dikenali.

5. MyFutureJobs

Portal yang dibangunkan sendiri oleh PERKESO. Jika anda dilindungi oleh skim insurans PERKESO iaitu Sistem Insurans Pekerja (SIP), dan apabila anda membuat tuntutan kepada PERKESO, anda memang perlu untuk mendaftar di portal MyFutureJobs.

Maklumatnya di bawah …

Sebelum itu, selain dari portal dan laman web yang kami senaraikan di atas, anda juga boleh melayari Indeed, WobbJobs, GlassDoor dan Jora.

Jika Anda Baru Sahaja Kehilangan Kerja dan Anda Mencarum di Perkeso, Anda Perlu Periksa Slip Gaji Anda.

Kenapa? Periksa sama ada terdapat potongan EIS/SIP atau tidak. SIP ialah Sistem Insurans Pekerja atau dalam bahasa inggerisnya Employee Insurance System. Anda boleh memohon pampasan jika kehilangan kerja. Baca selebihnya mengenai EIS SOCCO di sini. Mohon apa yang patut dan semoga anda mudah mencari kerja kosong di Melaka khasnya dan Malaysia amnya.

Betul PKP ni memang memberi kesan. Anda mungkin tak perasan jika anda bekerja dengan Kerajaan. Kalau anda keluar memandu disekitar kawasan perumahan anda pasti anda akan dapat melihat banyak gerai-gerai yang naik seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Grup whatsapp pun mesti ada seorang dua yang telah membuat posting jualan, begitu juda di Facebook dan Instagram. Nak buat macam mana, mereka perlu menjana pendapatan untuk kelangsungan hidup. Kalau ada di antara item yang mereka jual itu memang anda akan gunakan, bantulah mereka.

Mungkin ia sementara sahaja buat mereka. Sementara menunggu sama ada ada atau tidak kerja kosong Melaka yang sesuai.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.