Resipi Buah Melaka @ Onde-Onde

Dah alang-alang kerap dirumah apa kata kita cuba sendiri kuih buah buah melaka dengan resipi buah melaka ni. Iya lah, ramai yang bekerja dari rumah disebabkan oleh PKPB. Sedap juga kalau kita buat sendiri kuih ni. Resipi buah melaka ni pun senang sahaja, tak susah sangat.

Boleh lah minum petang dengan keluarga bersama secawan kopi atau pun teh setelah sepanjang hari mengadap komputer untuk menyiapkan kerja atau pun Zoom bersama rakan pejabat. Sekali-sekala kita tak perlu jalan-jalan cari makan di luar.

Kita buat sendiri.

Kopi o atau teh o tu seeloknya dibancuh tanpa gula, barulah sedap menikmati kuih buah melaka yang manis ini.

Kalau ada yang masih tak tahu, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Melaka yang terbaru adalah dari 9 Nov 2020 hingga 6 Disember 2020. Banyak lagi masa untuk mencuba resipi buah melaka ni untuk menjadikannya Perfect!

Mana tahu, kita sebenarnya ada skil tersembunyi untuk menjadi seorang chef yang terkenal suatu hari nanti. Ataupun kita boleh memulakan kuih viral baru dari rumah iaitu Kuih Buah Melaka Oreo seperti apa yang McDonald’s lakukan dengan Gula Melaka Oreo McFlurry nya. Boleh lah jana pendapatan sikit.

Nikmat Makan Kuih Buah Melaka

Kuih ni dipanggil buah melaka disebabkan ia menggunakan gula melaka sebagai intinya.

Kalau kita tengok kuih buah melaka ni, biasanya sahaja rupanya. Bulat, berwarna hijau dan diselaputi kelapa parut. Kuih ni, nikmatnya adalah semasa kita memakannya.

Nikmat letupan gula melaka yang separuh cair pada gigitan pertama kulitnya yang berperisa pandan. Dibalut dengan kelapa parut segar yang terasa sedikit garam. Seperti bom-bom kecil yang meletup dengan kemanisan gula melaka di dalam mulut. Memang sedap dan resipi buah melaka pun mudah.

Resipi buah melaka
Buah Melaka yang kami nikmati petang tadi. Resipi buah melaka homemade!

Resipi Buah Melaka

Seperti dikatakan tadi, resipi buah melaka ni sangat mudah.

Bahan-Bahan Yang Diperlukan Dalam Resipi Buah Melaka Ini

  • 500 gram tepung pulut. Ada yang suka mencampurkan dengan sedikit tepung gandum atau tepung ubi kayu untuk kelainan. Bergantung kepada citarasa ya. Boleh juga ber eksperimen untuk mendapatkan resipi buah melaka terbaik.
  • 4-5 helai daun pandan dipotong kecil. Daun pandang ini perlu dikisar dengan 60 ml air dan ditapis untuk mendapatkan jusnya.
  • 1 cawan air
  • Gula melaka dipotong kiub secukupnya. Dipotong sebesar hujung jari atau diparut, yang mana lebih mudah untuk anda.
  • Kelapa parut secukupnya. Parut isinya yang putih sahaja, kalau kena kulitnya yang berwarna coklat tak cantik nanti.
  • Garam secukup rasa.

Cara Membuatnya

  1. Masukkan tepung pulut kedalam mangkuk adunan. Tuang jus daun pandan dan gaul rata. Tambah air sedikit demi sedikit. Gaul sehingga doh tidak melekat ditangan dan mangkuk adunan. Ketepikan.
  2. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam. Nak bagi sedap lagi, kukuskan kelapa parut ni sebentar atau microwavekan sahaja. Alihkannya ke dalam loyang dan ratakan. Ketepikan.
  3. Jerangkan air dalam periuk.
  4. Sementara menunggu air mendidih, boleh lah mulakan proses membungkus gula melaka dengan doh tadi. Ambil sedikit adunan doh, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka. Jika gula melaka diparut, ambil secukupnya. Tutupkan gula melaka dengan doh dan bulat-bulatkannya seperti fishball.
  5. Bila air dah mendidih, masukkannya ke dalam periuk. Bergantung kepada saiz periuk, buah melaka boleh dimasukkan sehingga menutupi seluruh lantai periuk.
  6.  Nak tahu dah masak ke tidak, tunggu sehingga buah melaka tersebut terapung. Tips semasa merebus kuih buah melaka ialah guna api yang sederhana sahaja. Ini supaya kuih masak dengan sempurna dan gula melaka sempat cair semasa proses merebus. Seeloknya biarkan terapung untuk beberapa ketika. Kalau angkat cepat sangat nanti gula melaka nya tak cair. Kalau gula melaka nya tak cair, tak kick lah.
  7. Keluarkan buah melaka dan masukkan ke dalam air biasa dan biarkan ia sejuk sedikit sebelum toskan airnya. Semasa buah melaka direndam dalam air sejuk bolehlah kita bersihkan sedikit sisa kanji yang melekat pada kuih. Selepas itu baru letakkan ke dalam loyang yang telah diratakan kelapa parut tadi. Tips ini untuk mengelakkan kuih buah melaka lambat basi.
  8. Golek-golekkan agar ia bersalut dengan kepala parut itu dan alihkan ke dalam pinggan untuk dihidang.
  9. Daaaah siap!

Biar buah melaka itu sejuk sedikit sebelum dimakan. Takut nanti gula melaka yang panas dan cair itu boleh mencederakan lidah dan mulut. Jangan lupa bancuhkan kopi o atau teh o tanpa gula.

Senangkan resipi buah melaka ni. Cubalah!

Nah, kalau malas baca boleh layan video ni.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top