Anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau lebih dikenali sebagai EXCO amat penting dalam pentadbiran sesuatu negeri. Bagi pentadbiran Negeri Melaka, EXCO dilantik oleh parti pemerintah yang mendapat keputusan kemenangan majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) dalam pilihanraya. EXCO Kerajaan Negeri yang kebiasannya terdiri daripada wakil rakyat kawasan akan diberi mandat memegang portfolio bagi memastikan pentadbiran kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sebagai EXCO Kerajaan Negeri yang memegang portfolio tertentu, mereka juga perlu menjawab persoalan berkaitan portfolio masing-masing pada mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang diadakan secara berjadual pada setiap tahun. Selain memikul tugas dalam portfolio masing-masing, Ahli MMKN juga bertanggungjawab dalam mengubal dasar dan membuat keputusan pentadbiran kerajaan Negeri melalui mesyuarat MMKN yang kebiasaannya diadakan pada setiap hari Rabu.
Keputusan Pilihanraya Umum ke 14 Negeri Melaka yang berlangsung pada 9 Mei 2018 yang lalu telah dimenangi oleh parti Pakatan Harapan dengan 15 dari 28 kerusi DUN semuanya. Keputusan ini memberikan hak kepada parti Pakatan Harapan untuk memimpin negeri Melaka serta memilih EXCO yang terdiri daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti mereka.
Satu majlis angkat sumpah telah diadakan pada 16 Mei 2018 bagi melantik Ahli MMKN yang baru. Pada tahun sebelumnya, 10 orang ADUN telah dilantik menjadi Ahli MMKN. Pada majlis angkat sumpah yang dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh,
Berikut merupakan senarai barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka 2018-2022.
YAB HJ ADLY ZAHARI
Ketua Menteri Melaka merangkap ADUN Bukit Katil
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Kewangan Tanah Perancangan Ekonomi dan Hal Ehwal Agama negeri
YB. Mohd Rafiq Naizamohideen
ADUN Paya Rumput
Portfolio :Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri
YB Tek Kok Kiew
ADUN Banda Hilir
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar
YB. Muhammad Jailani Khamis
ADUN Rembia
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri
YB. Mohd. Sofi Abdul Wahab
ADUN Durian Tunggal
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam
YB. G.Saminathan
ADUN Gadek
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, NGO dan Hal Ehwal Pengguna Negeri
YB. Norhizam Hassan Baktee
ADUN Pengkalan Batu
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Negeri
YB. Ginie Lim Siew Lin
ADUN Machap Jaya
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri
YB. Noor Effandi Ahmad
ADUN Telok Mas
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Negeri
YB. Low Chee Leong
ADUN Kota Laksamana
Porfolio : Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri
YB. Kerk Chee Yee
ADUN Ayer Keroh
Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia, Perhimpunan Belia dan Sukan Negeri
Y.Bhg Datuk Wira Roslan Bin Ibrahim
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Y.Bhg Tuan Mohamad Abazafree bin Mohd Abbas
Penasihat Undang-undang Negeri Melaka
Y.Bhg Tuan Hanafi Bin Sakri.
Pegawai Kewangan Negeri Melaka
Sumber Gambar : Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Melaka
Melaka cool, YB Jailani is ADUN Rembia not Rembau,
Mohd. Rafiq is ADUN Paya Rumput
terima kasih tuan.. telah diperbetulkan
YB Low Chee Leong ADUN Kota Laksamana.
telah diedit.. terima kasih tuan
Pohon utk pihak Yb semak status pemasangan lampu2 jalan luar bandar (subsidi) di dlm Dun Gadek terutamanya di kwsan kg Paya Datuk samada ianya mengikut SOP agihan atau di pasang mengikut kroni atau kekeluargaan oleh pemerintahan kerajaan terdahulu. Pohon ambil tindakan segera.
Minta upgrade lebuh amj dpd simpang tiga mitc ke simpang 4 gangsa/duruan tunggal untuk lorong kiri kr batu berendam..
Jalan ni sangat2 sibuk dan jem yg teruk pada waktu2 balik kerja@5.00petang dan perayaan.
Harap ambik perhatian
elok tuan maklumkan kepada Kerajaan Negeri.. Kami ni hanya penulis sahaja. tiada kuasa tersebut…
Mohon ADUN Telok Mas ambil perhatian tentang jenayah di kawasan beliau. Kejadian di highlight di Kg Ketapang. Kerap berlaku kejadian mencuri hasil pertanian. Selamba aje mamat ni ambil pisang orang. Walaupun kawasan tersebut dipasang pagar. Disyakki ianya dilakukan oleh pasangan suami isteri. Mohon redakan kemarahan penduduk , dikhuatiri apabila bertemu buku dengan ruas akan berlaku insiden yang tidak diingini. Saya penduduk Kg Ketapang.