Tahun Melawat Melaka 2019 : Melaka bakal wujud variasi pakej pelancongan

Tahun Melawat Melaka bakal berlangsung pada tahun hadapan. Ramai dari kita terutama mereka yang terlibat dalam industri pelancongan di Melaka menantikan dasar dan pelaksanaan yang bakal direncanakan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang baharu.
Walaupun perbezaan dari segi ideologi namun kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan tetap mengambil berat isu pelancongan di dalam negeri Melaka.

Bersempena tahun Melawat Melaka pada tahun 2019 Kerajaan negeri Melaka telah membuat perancangan untuk mewujudkan variasi pakej pelancongan menarik pada harga yagn lebih berpatutan. Ianya bagi menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang ke Melaka pada tahun hadapan.
Menurut EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Muhammad Jailani Khamis inisiatif berkenaan akan dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai operator pelancongan bersama syarikat swasta di Melaka.
Muhammad Jailani berkata, pakej pelancongan yang bakal diperkenalkan menonjolkan keunikan budaya dan warisan Melaka yang bakal mampu ditawarkn kepada pelancong dalam tempoh enam bulan akan datang.
Pakej yang diperkenalkan itu akan terdiri daripada pakej keluarga, pakej persendirian dan pakej bulan madu untuk pasangan baharu berkahwin.

Beliau juga meminta operator sektor pelancongan di negeri untuk menambah baik fasiliti, tarikan atau perkhidmatan yang ditawarkan agar dapat menarik kedatangan pelancong ke Melaka.
BERNAMA

Kenyataan rasmi dari EXCO Pelancongan Melaka ini pasti memberikan gambaran yang baik bagi menjana sektor pelancongan di negeri Melaka. Selaku negeri yang menjana ekonomi melalui sektor pelancongan, pakej-pakej yang disediakan mampu menarik pelancong untuk mengalami pengalaman tinggal dengan melawati tempat-tempat menarik di negeri Melaka. Selain itu ia juga akan menjana ekonomi negeri Melaka seterusnya mampu membangunkan negeri Melaka menjadi antara negeri yang cukup dikenali bukan sahaja di dalam negeri malahan terkenal di seluruh dunia.

Banyak produk-produk pelancongan yang baharu dapat diperkenalkan melalui bantuan serta inisiatif oleh Kerajaan Negeri Melaka yang baharu. Melakacool juga menyokong penuh dengan inisiatif bagi merancakkan lagi industri pelancongan negara.

Diharap juga Kerajaan Negeri Melaka mampu mengkaji produk=produk yang tidak kompetitif agar digantikan dengan produk baharu yang lebih baik. Selain itu, dengan kemasukan ramai pelancong pada tahun 2019 , Kerajaan Negeri juga diminta memperbaiki pengangkutan awam di negeri Melaka yang agak teruk sebelum ini. Syarikat bas perlu lebih kompetitif bagi memastikan perjalanan di Melaka lebih selesa. Mungkin juga idea untuk teksi air boleh dikaji semula bagi memberikan pelbagai alternatif kepada pelancong untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Selain itu, mungkin industri pelancongan perlu diperluaskan dan tidak hanya tertumpu di kawasan bandar Melaka sahaja. Mungkin kawasan seperti di sekitar Jasin dan Alor Gajah juga boleh diperkenalkan bagi memastikan masyarakat luar bandar mendapat tempias kemajuan dalam tahun Melawat Melaka 2019 nanti.

 

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.