Bam Bam Bistro – Bukan Bistro Biasa

Bam Bam Bistro

Bukan Bistro Biasa – itulah trademark perniagaan makanan Bam Bam Bistro yang menggunakan ruang banglo yang didiami oleh dua adik-beradik, Afizal dan Afizun Abd. Ghani.

Bermula dengan perniagaan penghantaran makanan, kini berubah menjadi bistro yang unik, di mana pelanggan yang datang dapat merasai makanan seperti tetamu di dalam rumah seorang sahabat.

Harga makanan yang ditawarkan juga murah dan mampu dibayar. Terdapat lebih 20 jenis hidangan dan antara menu yang menjadi kegemaran pelanggan ialah chicken chop.

Sepinggan chicken chop hanya berharga RM5.

Pilihan makanan yang ada di Bam Bam Bistro:

  • Chicken Chop dengan harga di antara RM 5 – 8 bergantung kepada pilihan yang dibuat seperti Chicken Chop Cheese, Chicken Chop Wedges dan Chicken Chop Combo.
  • Chicken Grill antara RM 8 – 11
  • Ada juga Nasi Goreng Chicken Chop dan Nasi Goreng Chicken Grill
  • Meatball antara RM 8 – 9
  • Lamb antara RM 15 – 21
  • Beef antara RM 16 – 22
  • Mixed food antara 15 – 18, boleh campur seperti Chicken Grill dan Lamb Chop
  • Nasi Lemak dengan harga di antara RM 5 – 12 bergantung kepada apa yang ditambah seperti chicken crispy, chicken grill cheese, ya nasi lemak chicken grill cheese, dan juga nasi lemak lamb.
  • Nasi Vanggey antara RM 5 – 12
  • Sizzling antara RM 6 – 14
  • Hot Plate antara RM 7 – 20
  • Spaggetti Carbonara antara RM 5 – 15
  • Sapggetti Bolognese antara RM 5 – 13
  • dan bermacam lagi
Antara menu di Bam Bam Bistro

Memang tak masuk akal, makanan yang sedap dengan harga yang sangat berpatutan dan dapat makan di dalam sebuah banglo besar. Anda boleh kenyang dengan hanya RM10 termasuk air.

Kalau makan kat situ, disebabkan ianya adalah sebuah banglo, rasa macam makan kat kenduri.

Bam Bam Bistro ini agak jauh dari bandar Melaka ia terletak di Alor Gajah, namun ia dekat dengan  A’Famosa Resort. Kalau anda bercuti di A’Famosa Resort, singgahlah ke Bam Bam Bistro.

Bam Bam Bistro
Lot 16231, Gabana Villa
Jalan Mahsuri Utama
Pulau Sebang
78000 Alor Gajah
Melaka
Tel: 0163529950 / 0126391224

Facebook Bam Bam Bistro
Instgram @bambambistro

Di buka setiap hari kecuali hari Khamis dari 5:30 PM sehingga 11:30 PM.

Jom lihat apa para pelanggannya komen mengenai makanan dan harga di Bam Bam Bistro.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top