Makan tengahari memang merupakan antara perkara yang penting. Kadangkala menjadi satu masalah untuk kita mencari lokasi makan tengahari yang sedap di Melaka. Bukit Katil merupakan lokasi yang berada berhampiran kawasan Pentadbiran Kerajaan Melaka. Selain itu ia juga berdekatan dengan kawasan pelancongan dimana anda hanya memerlukan kurang dari 5 minit (menaiki kenderaan) sahaja untuk tiba ke Ayer Keroh.
Selain itu, Bukit Katil juga memiliki lokasi pelancongan yang semakin popular iaitu Taman Tema Gold Coast, Bayou Lagoon. Jadi anda boleh mendapatkan tempat penginapan samada hotel,resort mahupun homestay di kawasan berhampiran.
Di Bukit Katil, Melaka terdapat banyak lokasi makan tengahari yang sedap dan menjadi tumpuan sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong luar.
Dalam artikel kali ini MelakaCool ingin berkongsi 3 lokasi makan tengahari yang best di sekitar Bukit Katil, Melaka.
Restoran Haji Bakrin
Restoran Haji Bakrin atau lebih dikenali dengan nama Restoran Bilal ini memang terkenal di kalangan penduduk tempatan mahupun pekerja pejabat. Lokasinya yang terletak berhampiran Masjid Utama Bukit Katil ini memang dikunjungi ramai pelanggan terutama pada hari kerja.
Ini kerana makanannya memang menepati citarasa pelanggan dan harganya berpatutan. Restoran ini mudah dikenali kerana ianya diwarnakan dengan warna Jingga iaitu warna sebuah parti politik tempatan.
Antara makanan yang menjadi kemestian bila singgah ke sini adalah Mee Bandung Bilal. Ianya memang ada keunikan sendiri apabila mencecah ke mulut kita. Ianya tidak sama seperti Mee Bandung Muar tapi memang berbaloi kalau mencubanya.
Selain itu, Restoran Bilal ini juga menyediakan makanan nasi campur untuk makan tengahari dengan harga yang berpatutan.
Lokasi : Restoran Haji Bakrin ( Klik untuk Lokasi Google Maps )
Warung Pak Enal
Warung Pak Enal ini mungkin ada yang akan mempertikaikan lokasinya samada ia di Bukit Katil ataupun Duyong. Tak kisahlah tu sebab ianya berhampiran lagi dengan kawasan Bukit Katil. Lokasi Warung Pak Enal ini mudah dikenalpasti kerana ianya terletak berhampiran bulatan antara Bukit Katil ke Duyong.
Kalau anda singgah ke Warung Pak Enal pada waktu tengahari, memang cukup ramai pengunjungnya. Kadangkala terdapat juga bas-bas pelancongan yang singgah ke warung tersebut. Jangan terkeliru dengan nama warung sebab Warung Pak Enal ini agak besar dan setahap sebuah restoran.
Bukan warung kecil tepi jalan.
Nasi campur adalah sajian utama di Warung Pak Enal. Lauk pauk yang banyak sehingga tak tau nak pilih yang mana satu. Ditambah pula dengan adanya sup ayam atau sup kambing yang boleh dijadikan penambah perisa dalam makanan tengahari anda. Selain itu anda juga boleh melayan air Coconut Shake untuk penyejuk badan.
Lokasi Warung Pak Enal (Klik untuk Lokasi Google Maps )
Restoran Hajah Rahmah
Bagi mereka yang mencari masakan nasi campur dan asam pedas Melaka, restoran ini boleh menjadi pilihan anda. Lokasi Restoran ini terletak berhampiran persimpangan lampu isyarat Bukit Katil. Bila singgah ke sini, anda mesti mencuba Asam Pedas Ikan Pari atau Asam Pedas Tetel ataupun paling tidak Kari Kepala Ikan nya.
Memang cukup menyelerakan dan pasti teringat sampai bila-bila. Tak percaya? Kenalah cuba.
Yang menariknya anda boleh minum air tebu sambil makan tengahari disini. Selain menyediakan nasi campur sebagai hidangan utama, terdapat juga hidangan petang seperti pisang goreng, keledek goreng untuk anda nikmati.
Hajah Rahmah Asam Pedas Melaka (Lokasi Google Maps Klik Sini)
Itu serba sedikit mengenai 3 lokasi makan tengahari yang boleh anda cuba sekiranya anda berada di Bukit Katil, Melaka.
Sekiranya anda ada cadangan lokasi makan tengahari yang lebih sedap di kawasan Bukit Katil ini silalah kongsikannya di ruangan komen di bawah. Mungkin kita boleh sama-sama berkongsi mencari lokasi makan tengahari yang sedap di Bukit Katil, Melaka.
Kami mempunyai homestay yg berdekatan dengan tempat makanan yg sedap dan menarik ini..anda boleh lihat homestay kami di
http://www.AnugerahHomestay.com
Dia macam harey jugak hang pegi kedai hajah rahmah tuu ketam sekor rm15.udang rm8 Betul sultan melaka punya ketam! Mahal nak mampus!
ye ke? dah lama tak pergi.. saya pun jarang makan ketam atau udang sebab gout..