Pertandingan Mereka Cipta Logo ‘Melaka Berwibawa’ tagline ‘Pintar, Hijau, Bersih’

Anda mempunyai bakat dalam menghasilkan logo? Mempunyai daya kreativiti untuk menghasilkan satu identiti unik bagi negeri Melaka?
Jika ya, maka anda boleh menyertai pertandingan mereka cipta logo ‘Melaka Berwibawa’ dengan tagline ‘Pintar, Hijau, Bersih’.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Melaka ini bagi mencari logo yang bakal menjadi identiti bagi pentadbiran baharu Kerajaan Negeri Melaka.
Logo ini juga akan digunapakai dalam kesemua aktiviti pameran atau percetakan dalam mana-mana majlis atau acara rasmi Jabatan negeri Melaka.
Ia pasti menarik bila melihat hasil kerja anda dipaparkan disetiap pelusuk negeri Melaka. Sudah pasti ia bukan hanya sekadar pertandingan tetapi juga akan menjadi jasa yang boleh menjadi kenangan anda sepanjang masa.

Jadi , Serlahkan Bakat dan Kreativiti anda, dapatkan borang penyertaan serta terma-terma syarat pertandingan di https://www.melaka.gov.my/ms/banner/borang_cipta_logo_melakaberwibawa.pdf.
Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 6 Ogos 2018 dan tiada bayaran penyertaan dikenakan. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Hadiah Utama iaitu : RM5,000 bagi pemenang utama.
Hadiah Saguhati : RM500 bagi 10 pemenang

Menarik bukan? Jadi apa tunggu lagi. Sertailah sekarang. Untuk keterangan lanjut sila hubungi

Unit Perancang Ekonomi Negeri
Seksyen G
Aras 3 Blok temenggong
Seri Negeri Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh
Melaka
Tel :06-2307819

atau

Unit Pusat Sumber, BKP
Unit Penerbitan

Aras Bawah Blok Bentara
Seri Negei Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh
Melaka
Tel : 06-2307336

4 thoughts on “Pertandingan Mereka Cipta Logo ‘Melaka Berwibawa’ tagline ‘Pintar, Hijau, Bersih’”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.