Beli Rumah Kuota Bumiputera Melaka di Lembaga Perumahan Melaka

Sri pengkalan Binaan

Isu harga rumah yang semakin meningkat amat membimbangkan. Di Melaka juga harga hartanah menjadi semakin tinggi akibat perkembangan pesat ekonomi di sini. Malahan ramai penduduk samada di dalam Melaka mahupun di luar yang membeli rumah disini untuk dijadikan kediaman ataupun sebagai aset.

Golongan Bumiputera sering menghadapi masalah untuk mendapatkan rumah. Ini kerana mereka kurang mempunyai pengetahuan tentang pembelian rumah berbanding kaum lain. Di Melaka, Lembaga Perumahan Melaka merupakan agensi badan berkanun Kerajaan yang telah mendapat sijil kebenaran untuk menjadi agen hartanah bagi lot-lot kuota Bumiputera bagi projek perumahan di Negeri Melaka.

Kenapa perlu membeli rumah Kuota Bumiputera melalui Lembaga Perumahan Melaka?

Mungkin ada yang tertanya-tanya kelebihan membeli rumah kuota Bumiputera melalui Lembaga Perumahan Melaka berbanding terus membeli melalui pemaju. Berikut merupakan beberapa kelebihan membeli rumah Kuota Bumiputera di Melaka melalui Lembaga Perumahan Melaka

  • Anda akan dibimbing dari segi prosedur dan proses pembelian rumah oleh kakitangan yang berpengalaman. Ini juga dapat mengelakkan diri anda dari ditipu oleh pemaju perumahan. Banyak kes dimana pembeli terpedaya dengan pemaju perumahan akibat tidak merujuk kepada agensi berkaitan. Antara penipuan yang sering berlaku seperti penawaran diskaun dimana pemaju menggunakan terma undang-undang dalam perjanjian untuk menipu pembeli. Selain itu, pembeli juga akan dibimbing untuk mendapatkan pinjaman dan perjanjian dengan institusi kewangan dan peguam yang baik.
  • Maklumat yang lebih tepat dapat diperolehi. Terdapat beberapa kes dimana para pemaju tidak jujur dalam memaklumkan kekosongan rumah milik mereka.  Segelintir pemaju perumahan ingin melewatkan penjualan supaya harga rumah dapat dinaikkan atau mereka boleh meminta Kerajaan Negeri melepaskan kuota perumahan. Lembaga Perumahan Melaka memiliki data kekosongan unit Bumiputera yang disemak terus melalui pemaju. Pemaju sukar untuk memberi maklumat palsu kerana Lembaga Perumahan Melaka adalah agensi Kerajaan yang boleh menyemak ke Pejabat Tanah bagi memastikan kesahihan maklumat tersebut.
  • Lembaga Perumahan Melaka selaku agensi kerajaan berkaitan perumahan mempunyai akses kepada maklumat pemaju. Melalui Lembaga Perumahan Melaka, pembeli lebih selamat kerana agensi ini hanya akan menjadi agen perumahan yang dilaksanakan oleh pemaju berkebolehan. Pemaju yang mempunyai masalah dan disenaraihitamkan akan dikeluarkan dari senarai penjualan.
  • Aduan berkenaan masalah perumahan seperti kualiti rumah, lewat siap dapat diselesaikan dengan segera berbanding pembelian terus kepada pemaju.
Lembaga Perumahan Melaka

Kakitangan Lembaga Perumahan Melaka bersama agensi berbincang menyelesaikan masalah perumahan

Untuk makluman, tidak semua pemaju berdaftar dengan Lembaga Perumahan Melaka. Jadi adalah digalakkan supaya anda merujuk kepada agensi terbabit sebelum membeli rumah di negeri Melaka.

Lembaga Perumahan Melaka
Aras 10 Bangunan PKNM
75450 Ayer Keroh
Melaka
No Tel: 06-2320450
Laman web: https://lpnm.gov.my/
Facebook: https://www.facebook.com/LembagaPerumahanMelaka

Sebelum ini, kami juga pernah kongsikan senarai agensi-agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga swasta yang boleh dijadikan rujukan jika hendak membeli rumah. Anda boleh rujuk artikel tersebut: Beli Rumah dan Hartanah di Negeri Melaka.

Kami juga ada senaraikan 5 Pemaju Perumahan Ternama di Melaka untuk anda mencari rumah idaman anda.

7 thoughts on “Beli Rumah Kuota Bumiputera Melaka di Lembaga Perumahan Melaka”

  1. Harga rumah mmg semakin menggila skrg ni. Dan,yg pastinya dengan harga yg begini, bumiputera mmg sakit la skit nak membeli..

    Now, tanah bumiputera diambil utk buat tmn perumahan. Bumiputera pulak tak berkemampuan utk beli rumah. Then kaum lain yg memenuhi taman perumahan dan kaum bumiputera semakin terpinggir..terpinggir dan akhirnya akan mendiami tanah2 kosong di kampung je!

    1. masalah ini sedang diambil perhatian oleh agensi kerajaan terutama Lembaga Perumahan Melaka..mereka akan buat satu bengkel untuk cuba mengurangkan harga rumah di Melaka..

  2. memang susah skrg nk beli rumah… pada tahun 2011 pada umur 25tahun saya cuba beli rumah di tmn saujana indah fasa pertama by pdg property..masa tu pm ngah sibok pasal skim rumah pertama ku..hurm… hampeh.. byk bank aku try buat loan tp dukacita… tambah lg aku kerja swasta yg tiap2 bulan komisen aje..x de basic salary.. mmg payah boleh loan.. setahun aku pending nk beli rumah..masa tu terea je da rm 165k 22×70 next year aku tekad beli rumah dr pemaju yg sama fasa kedua da naik ke rm 185K.. Itu paling rendah harga.. dan aku berjaya beli dgn loan public bank.. itu sblm bln 5 2012 lepas mei 2012 naik lg rm10k dan sekarang aku tgk keluasan yg sama harga paling rendah da cecah rm209k ..huhu…ni aku bru cadang beli rumah sebuah lg..x tau loan boleh lulus or tak nnt..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top