Minggu ini Melaka diselubungi dengan jerebu teruk. Fenomena jerebu ini berlaku akibat dari pembakaran terbuka yang dilakukan oleh negara jiran, Indonesia yang mana asapnya telah pergi ke kawasan berhampiran termasuk di Malaysia dan Singapura. Masalah yang mula dikesan pada 16 Jun 2013 yang lalu terus mengakibatkan masalah kesihatan yang teruk di Melaka. Kesan jerebu boleh dilihat apabila terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal atau terasa sakit dada. Di Melaka, keadaan jerebu ini mencapai tahap yang tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) berada dalam kedudukan tidak sihat iaitu sekitar 150 -200. Selain dari masalah kesihatan, ia juga member kesan kepada sektor pelancongan di negeri Melaka sekaligus member kesan juga kepada ekonomi di negeri Melaka.
Pemandangan Jerebu di sekitar PKNM (Sebelum dan Selepas)