Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat meninggal dunia pada pagi Khamis akibat kemalangan. Kemalangan beliau ini mendapat perhatian ramai pihak samada peminat sukan hoki ataupun sebaliknya. Kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) pada jam 3.00 pagi pada 1 Ogos 2013 melibatkan kereta Proton Perdana yang dipandu beliau dengan lori menyiram pokok bunga. Mendiang baru saja bersama-sama rakan skuad hoki negara berada di majlis berbuka puasa dan penerimaan insentif kemenangan.
Chua Boon Huat ketika beraksi di Piala Sultan Azlan Shah 2013