Bayaran zakat fitrah Melaka secara online

Zakat Fitrah dan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Seluruh Negeri Melaka Untuk Tahun 1442H / 2021M

Kita sudah pun berada di bulan Ramadan. Tahun ini tidak jauh berbeza dengan tahun lepas, kita masih lagi dibelenggu oleh COVID-19. Tahun ni seluruh negeri Melaka akan berpuasa dalam Peringkat Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Pergerakan kita masih terbatas. Rentas negeri masih lagi tidak dibenarkan. Namun terdapat sedikit kelonggaran pada tahun ini.

Kerajaan membenarkan operasi bazar Ramadan dan solat tarawih di semua negeri bermula 13 April ini.

Masjid dan surau di Melaka dibenarkan untuk melaksanakan solat sunat tarawih mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang Ramadan ini.

Menurut mufti negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil, kebenaran solat tarawih itu tertakluk dengan arahan Majlis Keselamatan Negara, selagi premis berkenaan masih di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, (PKPP).

Antara SOP yang perlu dipatuhi termasuk, melaksanakan solat sunat secara ringkas. Jemaah dibenarkan menunaikan minimum 8 rakaat selain membaca surah pendek. Kanak-kanak di bawah umur 7 tahun tidak dibenarkan untuk solat di masjid dan surau.

Warga asing dilarang untuk menyertai solat sunat tarawih di masjid dan surau di Melaka.

Semoga semua ini dapat mengembalikan kemeriahan berpuasa dan beribadah seperti tahun-tahun sebelum COVID-19.

Sudah tentu penjarakan sosial semasa solat, tidak dapat memaksimumkan kapasiti masjid, namun solat tarawih masih boleh diteruskan sesama ahli keluarga di rumah masing-masing. Bapa dan anak-anak lelaki yang sudah baligh boleh bergilir untuk menjadi imam solat tarawih.

Selain dari menunaikan ibadah puasa, umat Islam juga dikehendaki menunaikan zakat fitrah.

Kadar Zakat Fitrah Melaka 1442H / 2021M

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menetapkan dua kadar bayaran zakat fitrah kepada umat Islam negeri ini iaitu RM7 dan RM14, sama seperti tahun lalu.

Menurut mufti negeri Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil, ketetapan harga itu dibuat menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka berdasarkan harga semasa beras mengikut gred yang menjadi makanan rutin harian umat Islam di negeri ini.

Umat Islam di negeri ini yang menjadikan makanan harian beras daripada jenis super tempatan perlu membayar RM7, manakala RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan harian daripada beras import, termasuk beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.

Zakat Melaka telah mengambil langkah secara proaktif dengan mewujudkan pembayaran Zakat Fitrah di atas talian sejak 2020 melalui:

  1. Laman web rasmi Zakat Melaka iaitu www.izakat.com
  2. Aplikasi Imbas DuitNow QR Code Bank Muamalat

QR Code ini akan dipamerkan di laman web rasmi Zakat Melaka, pasaraya, kilang, jabatan kerajaan dan lain-lain tempat yang dibenarkan beroperasi.

Kadar zakat fitrah negeri melaka 2020

Di samping itu, masyarakat Islam yang kurang mahir dalam penggunaan teknologi boleh juga membayar zakat fitrah di dua kaunter Perkhidmatan Pembayaran Zakat yang bertempat di:

  1. Ibu Pejabat Zakat Melaka, Bukit Baru dan
  2. Cawangan Merlimau sahaja

Kedua-dua kaunter tersebut di buka mulai 28 April 2020 sehingga 22 Mei 2020, setiap hari Isnin hingga Jumaat. Ia dibuka dari jma 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Ia ditutup pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum.

Untuk maklumat lanjut mengenai Zakat Fitrah Melaka sila rujuk laman web Zakat Melaka atau pun Facebook rasmi Zakat Melaka.

Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Seluruh Negeri Melaka Untuk Tahun 1442H / 2021M

Takwim Ramadhan 1442H / 2021M ini dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Jika anda inginkan salinan jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri Melaka dalam bentuk PDF yang lebih clear untuk dicetak, anda boleh muat turunnya di laman web JAKIM melalui pautan ini.

Selain dari jadual waktu berbuka puasa dan imsak bagi seluruh negeri Melaka, dokumen itu juga mempunyai jadual waktu imsak dan berbuka puasa terkini negeri-negeri seluruh Malaysia bagi tahun 1442H / 2021M

*Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
**Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal Tertakluk kepada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar
Raja-Raja Malaysia

Salam Ramadan dan selamat berpuasa dari kami di MelakaCool.com. Mohon ampun dan maaf atas semua kesalahan dan kesilapan lalu. Selamat beramal dalam mencari ibrah dan hikmah Lailatulqadar. Semoga ibadah kita akan diberkati olehNya.

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top