Promosi Bufet Ramadan 2023 Kembali

Salam Ramadan kepada semua pembaca blog MelakaCool. Jika anda sudah biasa berbuka dia luar, sudah pasti anda mencari-cari promosi Bufet Ramadan di Melaka untuk tahun ini.

Sesekali melayan selera makan yang besar tak ada salahnya. Kadang-kadang keluar makan ke tempat istimewa bersama keluarga sebulan sekali pun sama harganya dengan harga bufet.

Bufet ramadan selalunya lebih meriah. Kehadiran tetamu yang ramai dan dengan pilihan makanan yang banyak sudah pasti membangkitkan mood dan selera.

Seperti biasa, kami senaraikan beberapa hotel dan restoran yang ada menawarakan Bufet Ramadan di Melaka.

Namun, jika anda baru sahaja mencarinya sekarang, harga early bird yang lebih murah mungkin tidak ada lagi. Selalunya tawaran harga promosi yang menarik berakhir apabila sudah memasuki bulan Ramadan.

Jom lihat senarai yang kami telah sediakan ini.

Senarai Promosi Bufet Ramadan Melaka 2023

Rasa-rasa A’Famosa Bufet Ramadan di Freeport A’Famosa Outlet

Inginkan kelainan semasa berbuka puasa di bulan Ramadan kali ini? Beriftar bufet Ramadan dengan pertunjukan bunga api di A’Famosa Resort.

Menurut posting terkini di Facebook A’Famosa, harga promosi masih di tawarkan jika anda membuat tempahan sebelum 28 March 2023.

ramadhan-buffet-afamosa-2023
Bufet Ramadan A'Famosa 2023

RASA-RASA A’FAMOSA BUFFET RAMADHAN 2023 KINI KEMBALI
Tarikh: 23 March – 21 April 2023
Masa: 6.30PM – 9.30PM
Tempat: Tulip Hall, Freeport A’Famosa Outlet
Ada Pertunjukkan Bunga Api pada 9.00PM

Promosi Early Bird: Bayaran dilanjutkan untuk tempahan sebelum 28 March 2023
RM65/Dewasa
RM50/Kanak-Kanak & Warga Emas

Walk In Rate:
RM88/Dewasa
RM60/Kanak-Kanak & Warga Emas

Kanak-Kanak: 4-12 tahun (Percuma untuk merekan yang berumur di bawah 4 tahun)
Warga Emas: 60 tahun ke atas

Untuk tempahan, hubungi 011-1600 0002 atau ke laman web A’famosa, atau di laman rasmi FB mereka.

Buffet Ramadan Larista: Citarasa Siam di LaCrista Hotel Melaka

Sedikit kelainan di Bufet Ramada LaCrista Hotel pada tahun ini. Mereka menawarkan makanan bertemakan Citarasa Siam. Tak perlu susah-susah ke Hatyai atau Bangkok untuk dapatkan makanan Thai sebagai juadah berbuka. Mana tahu ada yang mengidam.

Buffet Ramadan Larista: Citarasa Siam

Buffet Ramadan Larista: Citarasa Siam di LaCrista Hotel Melaka
Tarikh: 24 March – 21 April 2023
Masa: 6.30PM – 9.30PM
Tempat: LaCrista Hotel Melaka
Promosi Early Bird:
RM90/Dewasa
RM50/Kanak-Kanak & Warga Emas
Harga Biasa:
RM118/Dewasa
RM60/Kanak-Kanak & Warga Emas
Kanak-Kanak: 5-12 tahun
Warga Emas: 60 tahun ke atas
Untuk tempahan, hubungi 06-281 6868 atau 012 – 750 0146, atau ke laman rasmi FB mereka untuk maklumat lanjut.

Ramadan Buffet Dinner At Hatten Hotel

Berbuka dengan persembahan ghazal dan gamelan sudah tentunya lebih tenang. Terdapat juga demontrasi menganyam ketupat dan cabutan bertuah.

Hatten Hotel Ramadan Buffet Dinnet

Ramadan Buffet Dinner At Hatten Hotel
Tarikh: 27 March – 19 April 2023
Masa: 6.30PM – 10.30PM
Harga:
RM118/Dewasa. Nampaknya harga bufet Ramadan di sini telah meningkat. Tak silap kami, semasa kami ke sana pada 2021, harga RM79 sahaja. Banyak juga bezanya dalam masa 2 tahun ni.
RM98/Warga Emas
RM56/Kanak-Kanak
Untuk tempahan, hubungi 06-2219448 atau ke laman web Hatten Hotel untuk maklumat lanjut.

Bufet Ramadan Selera Desa Puteri

Kembalikan nostalgia berbuka dengan masakan kampung. Dengan menu pilihan istimewa yang dibawakan khas oleh Chef Saiful untuk anda yang rindukan masakan kampung. Alami kemeriahan dan keenakan menu berbuka puasa seperti Ayam Kerutuk, Kambing Bakar, Gulai Kawah Daging Cincang, Masak Lemak Siput Sedut, Perut Rebus Air Asam dan banyak lagi. Pelbagai menu istimewa siap tersedia menyambut anda untuk berbuka puasa bersama keluarga atau teman sekerja di Puteri Bay Hotel Melaka.

Bufet Ramadan Puteri Bay Hotel Melaka

Bufet Ramadan Selera Desa Puteri
Tarikh: 25 March – 19 April 2023
Harga:
RM68/Dewasa
RM35/Kanak-Kanak, Warga Emas & Warga Istimewa
Promosi Bauca Dewasa: Beli 5 Percuma 1
Untuk tempahan, hubungi 011-6523 2166 atau mana-mana nombor yang tertera di atas, atau ke laman FB Puteri Bay Hotel Melaka. Mereka juga kerap mengemaskini menu berbuka setiap hari.

Bufet Cita Rasa Warisan Seri Chendana Resort

Inginkan pakej berbuka yang lebih murah? Hanya RM48 seorang. Jom ke Seri Chendana Resort di Merlimau Melaka. Mereka menyediakan lebih daripada 50 pilihan menu setiap hari dan ianya berbeza setiap minggu. Antara yang menarik ialah kambing bakar, satay, nasi arab, sup gearbox, rojak, kerabu, kuih muih dan bermacam lagi.

 Cita Rasa Warisani Seri Chendana Resort

Bufet Cita Rasa Warisan Seri Chendana Resort
Tarikh: 2 – 28 Ramadan 1444 Hijrah
Harga:
RM48/Dewasa
RM38/Warga Emas
RM28/Kanak-Kanak yang berumur 5 – 12 tahun
Untuk tempahan, hubungi 010-263 3315 atau ke laman FB Seri Chendana Resort Merlimau Melaka.

Banyak lagi tempat menarik selain di atas untuk anda berbuka puasa. Berikut ialah senarai Bufet Ramadan di Melaka 2023 yang boleh anda pergi bersama keluarga ataupun sahabat anda sekitar Melaka. Nak ajak kami di MelakaCool pun boleh.

Nama PakejTempatHarga DewasaMaklumat Lanjut
icip-icip Sajian Madani Ramadan Bufetibis Kampung Restaurant, ibis MelakaRM8806 222 8809
019 664 5396
Citarasa ala kampung di Mini ASEANMini Malaysia & ASEAN Cultural ParkRM39.90013 690 8686
Buffet Ramadan Villa Istana MelakaVilla Istana MelakaRM69011 6492 8928 atau FB
Bufet Warisan KampungAMES HotelRM118012 698 2957 atau FB
Nostalgia WarisanMudzaffar HotelRM82011 7212 2512 atau FB
Lambaian Desa Ramadhan BuffetBayview Hotel MelakaRM75.90011 2669 8871 atau FB

Ramadan VS Ramadhan?

Ejaan yang betul: Ramadan
Rujukan: prpm.dbp.gov.my

Penyesuaian ejaan Ramadhan kepada Ramadan telah dibuat mengikut Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang diselaraskan dan diisytiharkan penggunaannya sejak tahun 1975. Penggunaan ejaan Ramadan dalam Kamus Melayu Dewan bermula dari Edisi Kedua pada tahun 1984 lagi.

Entri Ramadan walaupun ditulis begitu, kita bebas menyebutnya dengan bunyi dhod. Tidak ada salahnya. Kamus hanya merakamkan penggunaan mana yang terbanyak.

Begitu juga dengan perkataan buffet. Yang betulnya ialah bufet dan bukannya buffet. Jadi, penggunaan yang betul ialah Promosi Bufet Ramadan dan bukannya Promosi Buffet Ramadhan.

Jom gunakan ejaan yang betul selepas ini.

3 thoughts on “Promosi Bufet Ramadan 2023 Kembali”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.