Beli Rumah dan Hartanah di Negeri Melaka

Negeri Melaka telah mencapai status Negeri Maju bermula pada 10 October 2010 yang lalu. 10.10.2010, cantik tarikh tu kan. Kemajuan terus dicapai dan banyak kejayaan yang dicipta dari tahun ke tahun.  Sejajar dengan perkembangan itu ramai pelabur yang datang ke Melaka untuk melabur di sini. Sektor perumahan merupakan antara pelaburan yang menjadi perhatian penduduk setempat dan luar. Pelaburan ini menguntungkan memandangkan potensi besar yang terdapat di negeri Melaka. Kestabilan politik, lokasi strategik serta kemajuan negeri Melaka merupakan antara sebab utama anda perlu membeli rumah di Negeri Melaka.

Untuk membeli rumah di negeri Melaka bukanlah menjadi kesukaran.  Terdapat banyak agensi samada kerajaan mahupun swasta yang boleh membantu anda untuk mendapatkan hartanah di Melaka untuk dijadikan aset, tempat tinggal mahupun untuk disewakan.

Ataupun anda boleh juga membeli rumah di Melaka untuk dijadikan homestay. Sistem perniagaan yang berasaskan rumah yang semakin popular di sini.

Sekiranya anda ingin membeli rumah di Melaka, berikut merupakan beberapa agensi yang boleh dijadikan rujukan:

Agensi Kerajaan Persekutuan Berkenaan Hartanah

1. Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (NAPIC)

Agensi Kerajaan Persekutuan ini bertindak sebagai sumber maklumat data perumahan seluruh Negara. Setiap negeri mempunyai cawangan dan begitu juga di Melaka. Bakal pembeli boleh mendapatkan maklumat mengenai stok hartanah di Melaka yang belum terjual dengan mendapat kebenaran dari pihak atasan.

Walau bagaimanapun NAPIC tidak menjalankan aktiviti urusan jual beli hartanah dan hanya sebagai sumber maklumat sahaja. NAPIC negeri Melaka boleh dihubungi di:

Pusat Maklumat HartaTanah Negara (NAPIC)
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah
Kementerian Kewangan Malaysia
Aras 7 Wisma Persekutuan
Jalan MITC, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh
Melaka
No Tel : 06 – 232 8102 / 06 – 232 8104
Laman web: http://www.jpph.gov.my

2. Syarikat Perumahan Negara Berhad

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan Malaysia yang ditugaskan untuk memberi tumpuan terhadap penjualan rumah mampu milik bagi seluruh negeri Malaysia termasuk di Melaka. Terdapat beberapa projek perumahan mampu milik yang telah dilaksanakan di Melaka oleh SPNB yang mendapat sambutan seperti di Taman Limbongan Permai, Taman Seri Asahan dan Taman Seri Hilir.

hartanah melaka

SPNB merancang untuk membangunkan projek perumahan di Batu Berendam yang bakal dikenali dengan nama projek Taman Sutera Wangi. Projek ini yang terletak di kawasan berpotensi mampu meningkatkan nilai hartanah tersebut di masa akan datang. Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi:

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)
Tingkat 8, Wisma Perkeso,
Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.
Tel : 603 – 2618 5555
Laman Web :- http://www.spnb.com.my

Agensi Kerajaan Negeri Melaka

1. Lembaga Perumahan Melaka

Lembaga Perumahan Melaka (LPM) merupakan agensi kerajaan negeri yang menjadi sumber rujukan bagi para pembeli rumah di Negeri Melaka.  Agensi ini mempunyai maklumat mengenai projek-projek Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan juga pihak swasta.

Bagi projek rumah kos rendah, terdapat beberapa projek yang disediakan seperti di projek rumah pangsa Pantai Peringgit, PPR Sungai Putat, PPR Kg Tun Razak, PPR Lipat Kajang dan beberapa projek yang bakal dilaksanakan. Untuk membeli rumah kos rendah, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipenuhi.

Program perumahan rakyat Melaka

Selain itu, LPM juga menjadi agen berdaftar bagi penjualan projek-projek rumah kuota Bumiputera. Pembeli bumiputera boleh merujuk terus kepada LPM untuk membeli rumah di Melaka dan akan dibantu oleh kakitangan yang berpengalaman.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Lembaga Perumahan Melaka
Aras 10 Bangunan PKNM
75450 Ayer Keroh
Melaka
No Tel: 06-2320450
Laman web: https://lpnm.gov.my/
Facebook: https://www.facebook.com/LembagaPerumahanMelaka

2. Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI)

Agensi Kerajaan negeri Melaka yang diperbadankan bertanggungjawab mengurus harta-harta agensi Kerajaan. Agensi ini juga menjual perumahan dan hartanah komersial di negeri Melaka. Selain itu, terdapat juga hartanah komersial yang disewakan untuk penyewa menjalankan perniagaan di lokasi strategik. Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Perbadanan Ketua Menteri Melaka
Aras Bawah
Bangunan PKNM
75450 Ayer Keroh
Melaka
Tel :- 606-230 7277

3. Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) merupakan agensi perbadanan kemajuan yang menumpukan terhadap pembangunan projek-projek komersial dan perumahan.  Selain membangunkan projek-projek tersebut, terdapat juga projek-projek yang dijual oleh PKNM samada hartanah rumah dan komersial.

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka

PKNM juga menyewakan bangunan dan tapak-tapak kilang untuk pelabur-pelabur yang berminat. Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
Aras 4-11, Menara MITC,
Jalan Konvensyen, Kompleks MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel : +606-232 4433
Laman Web: http://bm.pknm.com/

Selain itu terdapat beberapa syarikat Kerajaan Negeri Melaka yang menjual dan menyewakan perumahan seperti Yayasan Melaka dan Kumpulan Melaka Berhad.

Agensi Swasta

1. Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Melaka

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REHDA) Melaka merupakan satu-satunya badan swasta yang boleh menjadi sumber rujukan untuk pembelian rumah di Melaka. Persatuan ini menempatkan banyak pemaju yang bernaung dalam satu bumbung bagi membekalkan maklumat mengenai perumahan di kawasan yang dibangunkan. Ia juga meliputi projek perumahan komersial seperti lot kedai dan perniagaan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

REHDA Melaka
1-1 Blok Mawar 2
Jalan Murni 2, Taman Malim Jaya
75250 Melaka
Tel: 06 – 3374288
Tel :- 06 – 3365188
Laman Web: http://www.rehdamelaka.org/

Selain itu anda juga boleh terus merujuk kepada pemaju secara terus untuk membeli rumah. Walaubagaimanapun pastikan pemaju tersebut berdaftar bagi mengelakkan masalah berlaku di kemudian hari. Jadi apa tunggu lagi, dapatkan segera hartanah di Melaka dan anda pasti tidak akan rugi memiliki aset berharga.

7 thoughts on “Beli Rumah dan Hartanah di Negeri Melaka”

  1. An impressive share, I just given this onto a colleague who was doing a little analysis on Melaka And he in fact bought me breakfast because I found it for him. Big thumb up for this blog post and the whole blog!

    Reply

Leave a Reply to Anitha Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.