5 Lokasi Beli Baju Raya di Melaka

beli baju raya

Dah beli baju raya atau masih belum? Tak tahu nak ke mana untuk beli baju raya di Melaka? Biar kami tolong.

Salam Ramadhan kepada semua pembaca blog MelakaCool. Mungkin ada yang tengah mencari juadah untuk berbuka dan juga mencari kelengkapan untuk pakaian di Syawal yang bakal menjelma nanti. Pakaian Hari Raya pastinya ingin dicari terutama baju Melayu dan baju kurung yang akan menjadi pakaian wajib pada hari pertama perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti. Di Melaka memang banyak tempat yang anda boleh kunjungi ketika ini bagi memastikan kelengkapan di Hari Raya anda dapat disiapkan. Untuk mendapatkan tempahan pasti sudah ditutup oleh tukang-tukang jahit maka baju yang telah siap menjadi pilihan.

Untuk artikel kali ini, MelakaCool akan berkongsi 5 lokasi untuk anda shopping pakaian baju raya yang telah siap. Mudah-mudahan apa yang anda cari masih lagi ada stok.

Jom Beli Baju Raya

Antara pusat pakaian baju raya yang kami cadangkan ialah:

1. Keluargaku

Pasaraya Keluargaku merupakan antara gedung pakaian yang popular di Melaka. Gedung pakaian yang memang asalnya dari Melaka ini menjadi antara lokasi kunjungan umat Islam di Melaka khasnya untuk mendapatkan pakaian berhari raya. Terletak berhampiran Masjid Al Azim memang mudah untuk mencari pasaraya ini. Selain dari baju terdapat juga kelengkapan untuk berhari raya yang boleh dibeli di pasaraya ini. Mudah bagi anda untuk persiapan di hari raya nanti.

baju raya keluargaku

Keluargaku (M) Sdn Bhd
No 35 Jalan KPAA 1
Kompleks Perniagaan Al-azim
75150 Melaka
Facebook Pasaraya Keluargaku : https://www.facebook.com/Keluargakumelaka/

Jika anda tidak mahu ke sana, beli sahaja baju raya online di laman e-dagang mereka di mytrend.online. Semasa kami sedang melihat warna-warna terbaru dari mereka, kami dapati ada tawaran diskaun sehingga 30% untuk set keluarga sedondon.

2. Jakel Melaka

Gedung pakaian yang besar di Malaysia ini mempunyai cawangan di Melaka.  Terletak di Bukit Piatu Mutiara, gedung pakaian ini memberikan anda pilihan yang banyak untuk mendapatkan pakaian hari raya anda. Bukan sahaja baju Melayu, malahan pakaian tradisional seperti Kurta boleh dijadikan sebagai pakaian di hari lembaran nanti. Sampin songket pun ada.

Pasti ramai yang akan tertawan dengan pakaian yang cukup berkualiti di Jakel Melaka ini. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan pilihan warna yang memukau. Dengan reputasi sebagai antara pengeluar pakaian ternama di Malaysia, pastinya jaminan pakaian adalah dengan kualiti terbaik.

Nak bergaya seperti selebriti Nabil Ahmad, Aaron Aziz, Scha Al Yahya dan ramai lagi, maka Jakel adalah pilihan anda.

Beli baju raya di Jakel Melaka

Jakel Melaka
63 Jalan BPM 1
Taman Bukit Piatu Mutiara
75400 Melaka
Facebok Jakel Melaka: https://www.facebook.com/JakelMelaka/

Jakel mempunyai group Telegram untuk anda melihat koleksi pakaian Hari Raya yang terbaru. Sila rujuk Facebook Jakel untuk keterangan lanjut. Jakel juga menawarkan jualan baju raya secara online. Jika anda malas hendak ke sana, boleh sahaja beli baju raya online.

3. Nagoya Textiles

Walaupun nama pasaraya ini dari Jepun namun terdapat juga kelengkapan untuk anda membeli pakaian untuk berhari Raya. Terletak di kawasan Melaka Sentral, ianya merupakan lokasi yang mudah untuk dicari. Pelbagai jenis baju Melayu samada yang tradisional atau moden di jual untuk anda semua. Kurta pun ada.

shopping baju raya di Nagoya

Alamat Nagoya Textiles Melaka
Lot No. A-63 to A71, C1 to C9 & Food Court Area
Bazaar Melaka Sentral
Jalan Tun Abdul Razak
75300 Peringgit, Melaka
Tel: 06-2818 521
Facebook Nagoya Textiles: https://www.facebook.com/NagoyaTextilesOfficial/

4. Pasaraya Besar Mydin

Selaku pasaraya besar terunggul di Malaysia, Mydin juga menawarkan pilihan pelbagai jenis baju Melayu, baju kurung, kurta dan jubah dengan harga yang menarik. Meskipun Mydin tidak mengkhususkan pada pakaian dalam perniagaannya tetapi tawaran pakaian baju Hari Raya tetap berkualiti.

Di Melaka terdapat beberapa cawangan Mydin tetapi kami mencadangkan untuk anda singgah ke Mydin MITC. Ini adalah kerana pilihan pakaian baju hari raya di sini adalah yang paling banyak kalau dibandingkan dengan cawangan lain.

Girang Syawal tiba di Mydin

Mydin MITC
Mydin Mall MITC, No. 12, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh
Melaka

5. Kamdar Melaka

Antara gedung pakaian yang cukup dikenali. Kamdar yang terletak di Bachang ini, biasanya akan dipenuhi oleh orang ramai pada bulan Ramadhan untuk mencari pakaian Hari Raya. Lokasinya yang berdekatan dengan kawasan perindustrian juga menyebabkan ianya sering menjadi tumpuan kepada mereka yang ingin mencari pakaian hari raya.

Kamdar Melaka

Alamat Kamdar Melaka :

NO, 1, Jalan Tun Fatimah, Taman Bachang Utama,
75350 Batu Berendam,
Melaka

Tunggu apa lagi, jom beli-belah baju raya tahun ini di 5 Lokasi Beli Baju Raya di Melaka yang kami senaraikan di atas. Tak kisahlah kelengkapan pakaian apa yang anda cari. Songkok, songket, baju melayu, butang baju melayu, baju kurung, kurta, jubah, apa sahaja yang anda cari pastinya ada.

Cuma anda kena cepat. Taku nanti saiz tak ada dan stock pun habis. Tak beraya pulak nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll to Top