5 Kedai Sukan Yang Anda Boleh Pergi

Bersukan memang aktiviti yang berguna bagi memberikan kesejahteraan kepada penduduk. Penduduk negeri Melaka juga perlu sentiasa bersukan bagi memastikan berada dalam keadaan yang sihat. Pelbagai lokasi riadah yang terdapat di negeri Melaka yang boleh kita kunjungi. Pilih sahaja sukan yang anda minati di Melaka hampir semua fasiliti sukan lengkap.


Dengan bersukan juga mampu memupuk muafakat antara satu sama lain. Juga menjadikan rakyat Melaka selalu cool dengan aktiviti mengeluarkan peluh. Untuk bersukan, anda memerlukan peralatan serta pakaian yang lengkap. Menggunakan peralatan yang bersesuaian akan memberikan lebih jaminan keselamatan ketika anda melakukan aktiviti riadah. Di Melaka terdapat banyak kedai-kedai peralatan sukan yang boleh dikunjungi.

Untuk artikel kali ini, Melakacool memaparkan 5 kedai sukan yang anda boleh cuba

1) Sukan Antarabangsa

Kedai yang cukup terkenal di kalangan penduduk Melaka bagi mendapatkan peralatan sukan, tempahan baju sukan serta pingat-pingat. Kedai ini bolehlah dikategorikan kedai sukan mampu milik kerana harganya berpatutan. Kedai ini juga telah bertapak lama dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Anda tidak perlu risau sekiranya terdapat masalah selepas membeli kerana kedai ini sentiasa menjaga hati pelanggan mereka.

Ramai yang membuat tempahan baju mahupun pingat untuk sesuatu acara sukan. Terletak di kawasan Bukit Baru, anda akan menemui kedai ini dengan mudah.

Facebook :- Sukan Antarabangsa

Alamat :-Sukan Antarabangsa 16-18

Taman Malinja (12.81 mi)

Bukit Baru, Melaka,

Malaysia 75150

2) Sports Express

Bagi mereka yang tinggal di kawasan Paya Rumput mungkin sudah biasa dengan kedai ini. Kedai yang memberikan pilihan pelbagai peralatan sukan ini memudahkan anda mencari barangan sukan yang diinginkan. Harga yang ditawarkan juga berpatutan. Anda juga boleh membuat tempahan pingat untuk acara sukan di tempat anda.

Facebook :- Sports Express

Alamat :- Sports Express 30 Jalan PE 1,

Taman Paya Emas,

Paya Rumput

Melaka 76450

3) Yu Hwa Badminton Hall

Peminat sukan badminton? Ini tempat yang boleh anda kunjungi. Selain dari boleh menempah gelanggang badminton untuk bermain, anda juga boleh membeli peralatan berkaitan sukan badminton. Peralatan seperti kasut badminton dan raket pelbagai jenama terdapat disini. ANda boleh membelinya dan terus beraksi seperti Lee Chong Wei di gelanggang Yu Hwa.

Facebook :- Yu Hwa BadmintoN Hall

Alamat :- Yu Hwa Badminton Hall

Jalan Bachang,

Taman Widuri,

Melaka

75350

4) SBH Bicycle

Peminat sukan berbasikal pasti perlu singgah di kedai Basikal SBH ini. Aksesori basikal banyak terdapat di sini dari rim basikal, handle basikal dan banyak lagi. Samada basikal riadah mahupun basikal lumba boleh menjadi pilihan anda. Tidak mustahil kalau anda mampu menjadi sehebat Azizulhasni Awang selepas mendapatkan basikal di sini.

Facebook :- Kedai Basikal SBH

Alamat :- SBH Bicycle 48,

Jalan Ong Kim Wee

Melaka 75300

5) Sun Paradise Melaka

Anda suka berenang? Anda hanya perlu masuk ke AEON Melaka dan terus mencari kedai Sun Paradise Melaka. Pelbagai pakaian renang serta gogal dijual disini. Anda juga boleh mendapat tips-tips dan nasihat dari pekerja yang berpengalaman dalam sukan renang. Mungkin sikit masa nanti anda boleh jadi sehebat Welson Sim selepas membeli peralatan di sini.

Facebook:- Sun Paradise Melaka

Alamat :- Sun Paradise Melaka F16,

1st Floor,

AEON Bandaraya Melaka Shopping Centre

Melaka

75400

Kelima-lima kedai sukan ini tidak semestinya yang terbaik di Melaka. Ia hanya pada pendapat kami sahaja ketika melawat ke kedai tersebut. Mungkin ia boleh berubah pada situasi terkini.

Selain itu anda boleh juga mengunjungi cawangan-cawangan kedai-kedai sukan seperti Al-Ikhsan, Royal Sporting, Sports Direct yang terdapat di kompleks membeli belah di Melaka.

Ingin beriadah? Baca artikel 4 Lokasi Jogging Menarik di Melaka


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.