Zakat Fitrah Melaka 2017 1438 H dan Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak 2017

Bulan Ramadhan akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Umat Islam di Melaka akan menyambutnya dengan iltizam yang tinggi bagi memastikan ibadah puasa dapat ditunaikan dengan jayanya.

Selain menunaikan puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah wajib yang ditetapkan dalam Islam, zakat Fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) selaku badan yang bertanggungjawab bagi menyelaras pungutan zakat telah menetapkan kadar bayaran zakat fitrah tahun 2017 bersamaan 1438H bagi umat Islam di Melaka adalah pada kadar RM6.70 sen iaitu sama seperti tahun sebelumnya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron dalam kenyataan memberitahu bahawa jumlah kutipan zakat keseluruhan yang dicapai pada tahun 2016 meningkat sebanyak RM4.5 juta iaitu RM70.5 juta berbanding kutipan 2015 berjumlah RM65.9 juta.

 

Umat Islam di Melaka dinasihatkan untuk membayar zakat fitrah kepada amil yang telah dilantik oleh MAIM atau boleh terus ke Pusat Zakat Melaka untuk menunaikannya. Para amil yang dilantik akan membuka pusat-pusat kutipan zakat di tempat-tempat awam termasuk di surau atau masjid berdekatan. Bagi mengelakkan penipuan, anda boleh meminta mereka menunjukkan kad kuasa yang diserahkan oleh pihak MAIM.

Bagi Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak di Negeri Melaka tahun 2017 /1438 H pula adalah seperti berikut :-

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *