UTeM terima 2,209 untuk sesi 2017/2018

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menerima pendaftaran seramai 2,209 pelajar bagi sesi kemasukan 2017/2018. Sesi tersebut telah didaftarkan di Dewan Besar UTeM pada Khamis lepas.
Kemasukan para pelajar dari seluruh pelusuk negeri itu meningkat dari sesi lepas dengan sejumlah 2,645 surat tawaran dikeluarkan dan seramai 2,209 pelajar telah mendaftar berbanding pada tahun lalu dimana hanya 1,948 pelajar sahaja mendaftar.

Sesi pendaftaran yang dimulakan dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang itu juga mencatat rekod baharu UTeM dengan kejayaan skuad pendaftaran UTeM yang mengambil masa lima minit sahaja untuk mendaftarkan pelajar.
Menurut Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin, Fakulti Teknologi Kejuruteraan(FTK) merupakan fakulti yang menerima kemasukan pelajar paling tinggi iaitu sejumlah 678 orang pelajar berbanding enam fakulti lain yang didaftarkan.
Jelasnya, pelajar bagi sesi 2017/2018 masih didominasi oleh pelajar lelaki dengan rekod kemasukan hari pertama seramai 1,269 orang pelajar bagi kesemua tujuh fakulti berbanding 940 orang pelajar perempuan.

Statistik jumlah siswa dan siswi yang mendaftar di UTeM pada sesi 2017/2018

Biarpun begitu peratusan wanita yang mendaftar dalam bidang teknikal, teknologi keusahawanan dan juga bidang TVET meningkat dari tahun sebelumnya. Ini menunjukkan betapa jurang wanita untuk menceburi bidang kejuruteraan semakin kecil.

Para pelajar yang mendaftar pada sessi ini telah Minggu Haluan Siswa bagi sesi suaikenal bermula dari 4 hingga 8 September 2017.Minggu Haluan Siswa tersebut diuruskan oleh kakitangan hal ehwal pelajar dan fasilitor yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTeM.
Program ini dapat membantu pelajar untuk mengenali dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang dilakukan di UTeM.

Majlis Minggu Haluan Siswa UTeM yang dirasmikan oleh YB Datuk Rawi selaku Timbalan Exco Pendidikan Melaka

Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti Menteri Mentor UTeM, sesi bersama Pengurusan UTeM dan pelbagai taklimat termasuk dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PPTN).
Bagi kemasukan pelajar rayuan, pendaftaran akan dilakukan pada 18 September 2017 di Bahagian Pengurusan Akademik, Bangunan Canselori UTeM. Mereka yang membuat rayuan boleh menyemak status rayuan mereka di laman web UTeM di http://www.utem.edu.my

Sumber Gambar : Facebook UTeM

Tahniah kepada adik-adik yang mendaftar di UTeM. Sememangnya UTeM merupakan antara Universiti Awam yang memberikan fokus kepada kejuruteraan menjadi pilihan ramai. UTeM juga telah terbukti menghasilkan graduan yang berkualiti tinggi apabila sering memenangi pelbagai anugerah di dalam dan luar negara. Ia membuktikan kemampuan universiti awam yang membawa nama Melaka ini adalah sebuah universiti yang setanding dengan universiti awam lain.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *