TAPEM – Tabung Pendidikan Negeri Melaka Untuk Penduduk Negeri Melaka

Pendidikan amat penting dalam kehidupan bagi memastikan perjalanan hidup yang lebih sempurna. Kos pendidikan kini juga semakin meningkat sehingga menyukarkan ibubapa untuk memberikan pendidikan kepada anak mereka. Di Melaka, kerajaan Negeri telah menubuhkan agensi untuk membantu terutamanya anak Melaka untuk mengurangkan beban pendidikan mereka iaitu Tabung Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

TAPEM-picture

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) telah diluluskan pada 5 Januari 2000. TAPEM berfungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman bagi :-

  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
    •  kepada anak-anak Melaka yang mendapat tawaran di IPTA/IPTS yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri.
    • Terdapat 2 kategori PWPT iaitu :-
      • Pinjaman Biasa
      • Pinjaman Asnaf Fisabilillah (untuk pengajian Islam di luar Negara iaitu Mesir dan Indonesia serta institusi yang diperakui oleh Kerjaan Negeri)
  • Pemohon terbuka kepada ‘ ANAK NEGERI MELAKA’ bertaraf warganegara Malaysia yang sedang menuntut atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri.
  • Bantuan Institusi Pengajian Tinggi
    • Bantuan diberikan dalam bentuk wang tunai iaitu
      • Diploma : RM300.00
      • Ijazah/Sarjana/PHD : RM400.00
  • Pemohon terbuka kepada ‘ ANAK NEGERI MELAKA’ bertaraf warganegara Malaysia yang telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri.
  • Permohonan bagi kemasukan kali pertama untuk satu tahap pengajian sahaja.
  • Biasiswa Pelajar Sekolah Menengah (BK/BI)
    • Biasiswa ini diberikan kepada pelajar berkelayakan seperti berikut :-
      • Pelajar lahir di Negeri Melaka atau ibu/bapa/penjaga lahir di negeri Melaka atau menetap di Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun
      • Pendapatan keluarga RM 1000 ke bawah
      • Rekod displin dan akademik yang baik
  • Kadar biasiswa ialah RM 50.00 sebulan untuk pelajar tingkatan 1 hingga 5
  • Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah

TAPEM-bantuan

  • Bantuan persekolahan diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan. Bantuan yang diberikan adalah seperti berikut :-
    • Pakaian seragam sekolah
    • Kasut dan stoking sekolah
    • Beg Sekolah
    • Alat Tulis
    • Lain-lain keperluan yang ditentukan dari semasa ke semasa
  • Kelayakan penerima bantuan pelajar sekolah adalah seperti berikut :-
    • Pelajar sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di dalam negeri Melaka untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja.
    • Pendapatan ibu/bapa/penjaga mestilah kurang RM1,000 sebulan
    • Keutamaan kepada anak yatim/ibu tunggal
    • Pelajar tidak menerima sebarang sumbangan lain
  • Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang
    • Anugerah Sukan Cemerlang diadakan mengikut peruntukan TAPEM.
    • Syarat kelayakan untuk Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang adalah seperti berikut :-
      • Terbuka kepada pelajar-pelajar yang telah mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM di sekolah rendah dan menengah bantuan kerajaam di Melaka
      • Pencalonan dikemukakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
      • Pemilihan dibuat oleh Panel Penilaian TAPEM

Selain itu, TAPEM juga mengadakan program-program pendidikan untuk pelajar-pelajar di negeri Melaka.

Selaras dengan teknologi terkini, TAPEM menyediakan perkhidmatan online seperti berikut:

Kepada anak Melaka yang layak atau anda mempunyai saudara mara/rakan yang dirasakan layak sila hubungi :

TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
No 34-4, Tingkat 4,
Bangunan Kota Cemerlang
Hang Tuah Jaya,
75450 Lebuh Ayer Keroh
Melaka
Tel: 06-333 3333 Sambungan 3201/3204/3210/3222
Faks: 06-233 1450
Email : tapem@melaka.gov.my
Laman Web : http://tapem.melaka.gov.my/
Facebook : https://www.facebook.com/pages/Tabung-Amanah-Pendidikan-Negeri-Melaka-TAPEM/

8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *