Taman Negeri Melaka Bukit Sedanan

Adakah anda inginkan percutian dalam kawasan hutan atau ingin mengadakan perkhemahan yang santai? Mungkin ramai yang tak mengetahui tentang Taman Negeri Melaka Bukit Sedanan ini. Taman Negeri Melaka Bukit Sedanan merupakan lokasi untuk anda lari dari suasana hiruk pikuk di kota ataupun di kampung.

Kawasan hutan simpan yang terletak di daerah Alor Gajah ini terletak di kawasan Air Pasir, Tebong, Machap, Melaka. Kawasan ini diuruskan oleh Sedanan Outdoor Camp dimana anda boleh melakukan banyak aktiviti yang mencabar.

sedanan outdoor camp
Pelan Sekitar Kawasan Kem Bukit Sedanan

Anda boleh melakukan aktiviti ‘jungle trekking’ menempuhi kawasan menara tinjau Bukit Sedanan. Melalui menara tinjau itu anda boleh melihat kawasan sekitar Selandar dengan jelas. Jika anda pengemar dengan suasana kehijauan, anda boleh melihat banyak spesies tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Anda boleh melalui denai yang telah ditanda untuk mencabar tahap stamina anda.

Selain itu, anda juga boleh melakukan aktiviti lasak seperti berbasikal ataupun menunggang motorcross di kawasan denai tersebut. Tahap ‘adrenaline’ anda pasti meningkat tatkala anda menuruni curam-curam di kawasan bukit tersebut.

Bagi yang meminati aktiviti outdoor seperti memanah ataupun berkhemah pasti ia mampu menarik minat. Dengan kawasan yang luas anda boleh melakukan aktiviti tersebut. Pengurusan kem juga mempunyai pakar untuk mengajar anda untuk aktiviti memanah ataupun berkhemah. Ia pasti memberikan satu pengalaman dan ilmu baru.

sedanan outdoor camp
Perkhemahan oleh para peserta di Kem Bukit Sedanan

Anda minat dengan aktiviti air? Terdapat tasik buatan yang boleh menjadi tempat anda untuk beriadah. Berenang bukanlah satu aktiviti yang sesuai kerana kedalaman tasik tersebut melebihi 40 kaki namun anda mempunyai ‘vest’ berkualiti tinggi yang mampu memberikan anda keadaan terapung walaupun berada dalam tasik tersebut. Banyak aktiviti air dilakukan oleh organisasi yang pernah menempah kem Bukit Sedanan ini. Antaranya seperti berkayak , berakit, ‘water confident ‘,’lake crossing’ dan banyak lagi. Ia pasti menyeronokkan diri anda yang inginkan suasana lembap bagi memeriahkan suasana. Aktiviti di air ini sesuai untuk organisasi melakukan aktiviti terutama untuk membina keyakinan diri serta menyatupadukan antara satu sama lain.

sedanan outdoor camp
Aktiviti Air yand dilakukan di Kem Bukit Sedanan

Bagi organisasi pula, aktiviti ‘Survival Village’ mampu memberikan impak berganda pada kendiri seseorang. Bagi penginapan, terdapat chalet serta bilik yang dilengkapi dengan kemudahan asas untuk kegunaan anda beristirihat. Juga terdapat kantin yang disediakan untuk program-program yang diadakan di sini. Memang cool kalau anda nak buat aktiviti seperti ‘Family Day’, ‘Team Building’ ,kursus motivasi dan sebagainya.

Anda juga boleh menyediakan BBQ di kawasan hutan yang nyaman. Anda akan dapat melihat panorama yang cukup indah di malam hari. Dengan suasana yang cukup berbeza melihat bintang-bintang berkelipan di malam hari.

Sekiranya anda inginkan lokasi bermain gitar atau bermain dram tanpa menganggu penghuni lain, anda boleh menyewa Dewan Meranti yang berkonsepkan ruang terbuka. Bagi mereka yang ingin jamming boleh melakukan aktiviti tersebut di dewan tersebut. Bukan itu sahaja, jika anda ingin melakukan majlis yang unik boleh menempah dengan harga serendah RM350 sehari disini. Dewan ini mampu menempatkan kira-kira 200 orang dalam satu masa.

Pada 22-23 Julai 2017 dijangka akan diadakan aktiviti ‘Music Outdoor Gathering’ yang menempatkan artis-artis amatur untuk bersantai disini.

Harga bagi pakej-pakej juga berbaloi untuk anda. Terdapat pakej-pakej yang disediakan serendah RM70 sehingga RM200 bagi organisasi yang ingin menganjurkan program tersebut. Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-

Sedanan Outdoor Camp

Jln Machap Air Pasir Tebong
Selandar 78000

Facebook Seddanan Outdoor Camp

Lokasi Taman Negeri Melaka Bukit Sedanan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *