Headline »

November 10, 2013 – 12:18 AM | One Comment | 2,523 views

You have not really taste Malaysian food if you haven’t taste the Malay traditional food. And if you are in Melaka, then you haven’t visit Melaka if you haven’t taste the Asam Pedas. There’s a …

Read the full story »
Home » Events

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2012 di MITC Melaka

Submitted by on December 10, 2012 – 10:20 AMNo Comment | 978 views


 

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ia mula diperkenalkan pada tahun 2006 yang menjadi pemeran tahunan terbesar menghimpunkan produk/ perkhidmatan SDSI dari seluruh Malaysia. Program ini menjadi platform terutamanya kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) untuk mempromosikan keluaran mereka di peringkat domestic dan antarabangsa.  Selain tujuan promosi, pameran SDSI ini dapat meningkatkan imej produk SDSI serta member pendedahan kepada orang ramai bahawa keluaran SDSI adalah berpontei dan berkualiti. Selain itu, ia juga dapat mewujudkan serta memperluaskan rantaian perniagaan di antara usahawan SDSI dengan pembeli, pengedar, stokis dan pelbagai jaringan yang boleh dimanfaatkan. Ini dapat membantu usahawan dan bakal usahawan untuk menambah ilmu serta memperkembangkan lagi perniagaan mereka.

Pameran yang telah berlangsung 7 kali sejak diperkenalkan ini semuanya dilangsungkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)  . Showcase SDSI pada tahun 2012 telah selesai diadakan pada 7- 9 Disember 2012 di MITC, Melaka. Program 3 hari itu terdiri daripada 6 program/aktiviti iaitu :-

  1. Pameran dan Jualan
  2. Seminar Keusahawan
  3. Business Matching
  4. Klinik Usahawan
  5. Menu Malaysia
  6. Aktiviti Tarikan Pengunjung
  7. Pertandingan SDSI

Saya merupakan antara ribuan pengunjung ke Showcase SDSI ini dan banyak perkara menarik di sana antaranya tempat pameran yang disediakan. Berbeza dengan pameran-pameran lain, Showcase SDSI ini berkonsepkan pameran usahawan mengikut negeri di mana setiap negeri akan mendirikan pavilion berdasarkan kreativiti negeri masing-masing. Setiap pavilion menempatkan antara 10-30 usahawan SDSI terpilih dari negeri masing-masing.  Selain pavilion negeri, agensi-agensi Kerajaan berkaitan seperti Jabatan Perdana Menteri, Felda, Kementerian Pertanian dan Asas Tani serta beberapa agensi lain juga menyediakan pavilion yang unik. Sememangnya pembinaan pavilion yang kreatif dapat menarik minat pengunjung untuk masuk ke sana. Terdapat banyak pengusaha-pengusaha kecil sederhana yang mempamerkan produk keluaran syarikat mereka. Pelbagai produk daripada bahan makanan, pakaian dan kraftangan menjadi antara produk pameran di pavilion masing. Selain dari mempromosikan jualan,  jualan produk syarikat mereka dilakukan.  Bagi memeriahkan lagi suasana terdapat juga pavilion yang mempersembahkan nyanyian, tarian serta demonstasi permainan alat tradisional kepada pengunjung.

Pavilion Melaka yang berkonsepkan ‘ Melaka Bandar Teknologi Hijau

 

Pengunjung yang ramai di Showcase SDSI

 Peserta dan pengunjung di salah satu booth di pavilion Kedah.

Selain dari pavilion negeri  dan agensi kerajaan, terdapat juga usahawan dari India dan Kemboja yang mempunyai lot SDSI masing-masing. Selain daripada usahawan yang ditempatkan di pavilion negeri terdapat juga booth-booth agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam pameran di dalam ruang dewan MITC itu.

Pavilion Cambodia dan India yang menunjukkan bahawa pameran ini juga disertai pengusaha luar negara

Selain aktiviti pameran, terdapat juga sesi bicara tokoh oleh tokoh-tokoh perniagaan terkemuka dan selebriti tempatan yang terlibat dalam bidang keusahawanan. Ketika saya melawat, usahawan yang juga pelakon terkenal, Rosyam Noor menjadi motivator dalam kursus tersebut.

Selain di ruang dalam dewan MITC, terdapat juga aktiviti menarik di luar dewan MITC . Antaranya seperti larian SDSI 2012, permainan kereta kawalan jauh, jualan produk pertanian serta ruangan makanan Menu Malaysia.

Di ruangan Menu Malaysia itu terdapat khemah besar yang disediakan di ruang letak kereta MITC dimana terdapat menu makanan dari negeri-negeri di seluruh Malaysia yang dimasak oleh penduduk negeri masing-masing.  Jadi semua masakan adalah resipi asal dari negeri masing-masing yang pastinya lebih tulen.  Disamping menjamu selera, di ruang hadapan tersebut terdapat beberapa aktiviti yang diadakan. Ketika saya singgah di khemah tersebut, terdapat pertandingan memasak oleh kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun yang dihoskan oleh bekas pengacara ‘Jalan-jalan Cari Makan’ , Maria Tunku Sabri. Meriah dengan keletah kanak-kanak yang menjayakan rancangan tersebut.

Ruangan Menu Makan yang menyajikan makanan dari pelbagai negara di Malaysia.

Secara keseluruhannya, saya merasakan yang Showcase SDSI pada tahun ini berjaya mencapai matlamatnya. Cuma terdapat beberapa kekurangan yang mungkin boleh diperbaiki untuk tahun hadapan. Adakah anda teruja untuk ke SDSI pada tahun hadapan?  Lawati website SDSI atau emel ke showcase-sdsi@miti.gov.my untuk mendapatkan tarikh untuk Showcase pada tahun hadapan (ketika entri ini ditulis tiada jadual tahun hadapan disediakan).

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a comment!

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also Comments Feed via RSS.

Be nice. Keep it clean. Stay on topic. No spam.

You can use these tags:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

This is a Gravatar-enabled weblog. To get your own globally-recognized-avatar, please register at Gravatar.