Seri Bendahara dari kediaman rasmi bakal menjadi hotel ?

Seri Bendahara, lokasi kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka menjadi tumpuan orang ramai ketika ini selepas YAB Ketua Menteri Melaka yang baharu, Adly Zahari membuat keputusan tidak tinggal di situ sebaliknya membukanya untuk kunjungan orang awam.
Lawatan yang telah melepasi 10,000 selepas dibuka kepada umum selepas pilihan raya umum 9 Mei itu akan ditutup pada 14 Jun nanti. Adly yang enggan untuk tinggal di Seri Bendahara akan tinggal di kuarters kerajaan di Peringgit sebagai kediaman rasminya.
Beliau juga sedang mempertimbangkan cadangan untuk menjadikan ianya sebagai rumah atau ataupun hotel butik selepas mendapat cadangan dari orang awam.

Wakil Melakacool sempat melihat kawasan di Seri Bendahara untuk meninjau sendiri lokasi tersebut. Kehadiran pelawat cukup mengejutkan apabila banyak bas=bas persiaran hadir ke kawasan tersebut hingga seperti tiada kawalan untuk keluar masuk ke kawasan parking tersebut.
Mungkin pihak kerajaan tidak menjangkakan jumlah pengunjung yang hadir sehingga tiada kawalan keselamatan terutama di tempat parking. Ketika menjengah ke dalam Seri Bendahara memang ramai pengunjung berpusu-pusu untuk melihat sendiri keadaan rumah yang dikatakan bernilai jutaan ringgit itu.
Terdapat banyak bilik yang kami tidak mampu untuk kirakan yang disediakan dengan kelengkapan mewah. Begitu juga dengan kerusi dan perabot yang mungkin harganya lebih mahal dari kenderaan yang dimiliki oleh kebanyakan penduduk negeri Melaka. Memang ia menunjukkan kemewahan rumah yang pernah menjadi kediamana rasmi bagi dua orang Ketua Menteri Melaka sebelum ini. Cuma kami tidak dapat melihat tandas yang dikatakan mewah kerana ianya ditutup. Terdapat juga mini kolam renang serta mini taman permainan yang dibina.

Mini Kolam Renang @ Seri Bendahara
Ribuan pelancong membanjiri Seri Bendahara
Pengunjung tidak melepaskan peluang beristirehat di ruang tamu di Seri Bendahara
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar di hadapan Seri bendahara
Antara ruang tamu yang menjadi pilihan pengunjung untuk mengambil gambar

Kami juga mendapati tiada pengawalan di dalam rumah tersebut dan tidak terkejut dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Melaka yang menyatakan bahawa terdapat banyak peralatan yang rosak disebabkan kehadiran pengunjung ini.
Mungkin pihak pentadbiran yang berwajib perlu juga mengambil berat tentang aspek=aspek keselamatan. Walaupun ianya adalah sekadar untuk memberi peluang kepada orang awam melawat tetapi dengan kadar pengunjung yang tinggi ini, sukar untuk mengawal aktiviti mereka. Tidak mustahil ada barang yang di curi ataupun dirosakkan oleh mereka.
Kami dari Melakacool berharap selepas sahaja tamat tempoh lawatan nanti, pihak kerajaan sudah mempunyai perancangan untuk melakukan sesuatu pada Seri Bendarahara. Walaupun mungkin rakyat terkilan dengan perbelanjaan besar yang digunakan untuk rumah Ketua Menteri Melaka ini namun ia bukan petanda rakyat sanggup melihat ianya dirosakkan dan menjadi gajah putih di masa akan datang.

Selain dari cadangan untuk rumah tamu atau hotel, mungkin juga jabatan-jabatan yang berskala kecil boleh menjadikan Seri Bendahara ini sebagai pejabat rasmi mereka. Sekurang-kurangnya fasiliti sedia ada boleh digunakan dan kerosakan boleh dipantau dari semasa ke semasa.
Ini sekadar pendapat dari salah seorang penulis Melakacool (Zool) sahaja dan bukan pendapat rasmi Melakacool. Harap maklum.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *