Senarai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Melaka

Sekarang ni musim pilihanraya sedang melanda Malaysia. Pelbagai bendera dan poster digantung di merata tempat. Ceramah-ceramah politik juga semakin kerap diadakan. Melaka juga terlibat dalam Pilihanraya Umum ke 13 yang dijangka akan diadakan pada penghujung bulan April ini.

Melaka telah membubarkan Dewan Undangan Negeri pada 3 April yang lalu dimana Ketua Menteri Melaka telah mengadap Yang Dipertua Negeri Melaka untuk membubarkan kerajaan sedia ada.

Mungkin ada di antara kita merupakan pengundi di Negeri Melaka tapi kebanyakan kita hanya mengundi dengan mengenali parti politik ataupun individu yang dicalonkan. Tapi tahukah anda kawasan yang diwakili oleh calon itu? Bagi pengundi yang sudah biasa mengundi mungkin mengetahuinya, tapi bagi pengundi kali pertama atau pengundi baru bertukar ke Melaka mungkin agak kekok dengan kawasan baru.

Untuk makluman pengundi baharu, ketika proses pengundian anda perlu berada di lokasi yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Pembahagian tempat mengundi adalah berdasarkan lokasi mengundi yang dipilih. Di Melaka, pusat mengundi kebanyakannya terletak di sekolah berdekatan kawasan penempatan. Ketika proses undian, pengundi perlu memangkah 2 wakil rakyat pilihan iaitu wakil bagi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Parlimen mewakili beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri manakala Dewan Undangan Negeri mewakili kawasan yang ditetapkan oleh SPR. Di Melaka terdapat 6 kawasan Parlimen dan 28 Dewan Undangan Negeri.

piliharaya-kecil

Berikut merupakan senarai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Melaka

Parlimen Masjid Tanah ( P-134)
Dewan Undangan Negeri
– Kuala Linggi (N1)
– Tanjung Bidara (N2)
– Ayer Limau (N3)
– Lendu (N4)
– Taboh Naning (N5)

Parlimen Alor Gajah (P-135)
Dewan Undangan Negeri
– Rembia (N6)
– Gadek (N7)
– Machap (N8)
– Durian Tunggal (N9)
– Asahan (N10)

Parlimen Tangga Batu ( P-136)
Dewan Undangan Negeri
– Sungai Udang (N11)
– Pantai Kundor (N12)
– Paya Rumput (N13)
– Klebang (N14)

Parlimen Bukit Katil (P-137)
– Bachang (N15)
– Ayer Keroh (N16)
– Bukit Baru (N17)
– Ayer Molek (N18)

Parlimen Kota Melaka (P-138)
– Kesidang (N19)
– Kota Laksamana (N20)
– Duyong (N21)
– Banda Hilir (N22)
– Telok Mas (N23)

Parlimen Jasin ( P-139)
Dewan Undangan Negeri
– Bemban (N24)
– Rim (N25)
– Serkam (N26)
– Merlimau (N27)
– Sungai Rambai (N28)

Menurut maklumat dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) negeri Melaka, terdapat sebanyak 439,869 orang yang layak untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 13. Pengundi yang paling ramai di Melaka ialah di Parlimen Bukit Katil iaitu sebanyak 99,581 orang layak mengundi di parlimen tersebut manakala Parlimen Masjid Tanah merupakan pengundi paling sedikit dengan jumlah 46,062 orang pengundi.
Dijangkakan sebanyak 6,764 orang petugas SPR akan bertugas dimana terdapat 238 pusat mengundi di tempatkan di Melaka. (sumber :- Utusan )

Semoga maklumat mengenai kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ini dapat membantu anda mengenali kawasan pengundian di Melaka. Di samping itu pastinya kemeriahan pilihanraya juga akan menjadi tarikan pelancong di dalam dan luar negara untuk menyaksikan proses pemilihan kerajaan terutamanya di Melaka.

 

Kemaskini 11 April 2018

Terdapat beberapa perubahan nama Parlimen dan DUN bagi Piliharaya ke 14 yang akan diadakan pada 9 Mei 2018. Antaranya ialah :-

Parlimen Bukit Katil dipinda nama kepada Parlimen Hang Tuah Jaya .

DUN Bukit Baru dipinda nama kepada DUN Bukit Katil

DUN Bachang dipinda nama kepada DUN Pengkalan Batu

DUN Machap dipinda nama kepada DUN Machap Jaya

Kepada pengundi semua, buatlah pilihan yang bijak untuk memastikan Melaka terus menjadi negara yang maju dan sejahtera.

12 thoughts on “Senarai Parlimen dan Dewan Undangan Negeri di Melaka”

Leave a Reply to zool Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.