Senarai Ahli Exco Kerajaan Negeri dan Portfolio

Anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau lebih dikenali sebagai  EXCO amat penting dalam pentadbiran sesuatu negeri. Bagi pentadbiran Negeri Melaka, EXCO dilantik oleh parti pemerintah yang mendapat keputusan kemenangan majoriti bagi kerusi  Dewan Undangan Negeri(DUN) dalam pilihanraya. EXCO Kerajaan Negeri yang kebiasannya terdiri daripada wakil rakyat kawasan akan diberi mandat memegang portfolio bagi memastikan pentadbiran kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sebagai EXCO Kerajaan Negeri yang memegang portfolio tertentu, mereka juga perlu menjawab persoalan berkaitan portfolio masing-masing pada mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang diadakan secara berjadual pada setiap tahun. Selain memikul tugas dalam portfolio masing-masing, Ahli MMKN juga bertanggungjawab dalam mengubal dasar dan membuat keputusan pentadbiran kerajaan Negeri melalui mesyuarat MMKN yang kebiasaannya diadakan pada setiap hari Rabu.

 Keputusan Pilihanraya Umum ke 13 Negeri Melaka yang berlangsung pada 5 Mei 2013 yang lalu telah dimenangi oleh parti Barisan Nasional dengan 21 dari 28 kerusi DUN semuanya. Keputusan ini memberikan hak kepada parti Barisan Nasional untuk memimpin negeri Melaka serta memilih EXCO yang terdiri daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti mereka.

angkat-sumpah-mmkn-melaka

Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka

Satu majlis angkat sumpah telah diadakan pada 14 Mei 2013 bagi melantik Ahli MMKN yang baru. Pada tahun sebelumnya, 10 orang ADUN telah dilantik menjadi Ahli MMKN.  Pada majlis angkat sumpah yang dilakukan di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka hanya 8 ADUN yang mengangkat sumpah memandangkan parti komponen MCA mengambil keputusan untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan. Walaubagaimanapun, dua kuota wakil EXCO dikosongkan buat sementara sehingga parti berkenaan membuat ketetapan untuk kembali memegang jawatan dalam kerajaan. Terdapat 5 muka baru yang dilantik dan 3 muka lama yang dikekalkan.

Berikut merupakan senarai barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka 2013-2018 setelah 2 portfolio diberikan kepada wakil dari MCA.(Kemaskini 1 Januari 2017)

 

YAB  DATUK SERI UTAMA Ir. HAJI IDRIS BIN HAJI HARON

ketua-menteri-melaka-angkat-sumpah

 

YAB Datuk Wira Idris Haron selaku Ketua Menteri Melaka mengangkat sumpah 

Ketua Menteri Melaka merangkap ADUN Sungai Udang

Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Tanah, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Perindustrian, Hal Ehwal Agama  Warisan, Pembangunan Belia dan Pelancongan.

 

YB. DATUK WIRA HJ. MD. YUNOS BIN HUSIN

yunos-husin

ADUN Ayer Molek

Portfolio  : Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi

 

YB DATUK SERI HAJI ABDUL GHAFAAR BIN HAJI ATAN

ghaffar-atan

ADUN Asahan

Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerja Raya Dan Kemudahan Awam

 

YB. DATUK WIRA LATIFF BIN DATUK HJ. TAMBY CHIK

datuk-latif

ADUN Telok Mas

Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Koperasi

 

Datuk Ab Rahaman Ab Karim

datuk-rahman

ADUN Pantai Kundor

Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kesihatan dan Pembangunan Sukan

 

YB. DATUK LATIPAH BINTI OMAR

datuk-latipah-omar

ADUN Taboh Naning

Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Negeri Wanita,Pembangunan Keluarga, Dan Hal Ehwal Kebajikan

 

YB. DATUK HASAN BIN ABD RAHMAN

datuk-hasan-rahman

 

ADUN Sungai Rambai

Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pertanian dan Pembangunan Usahawan

 

YB. DATUK AR. HJ. ISMAIL BIN HJ. OTHMAN

datuk-ismail-othman

ADUN Kuala Linggi

Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar

 

YB. DATUK M.S. MAHADEVAN A/L SANACY

datuk-ms-mahadevan

ADUN Gadek

Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan

YB. DATUK LAI MENG CHONG

lai-meng-chong

ADUN Machap

Porfolio : Pengerusi Jawatankuasa Negeri Perpaduan Dan Hal Ehwal Pengguna

YB. DATUK LIM BAN HONG

lim-ban-hong

ADUN Klebang

Portfolio : Pengerusi Jawatankuasa Negeri Pengangkutan, Pemulihan Projek Dan Perdagangan Antarabangsa

Y.B DATUK SERI HJ. NAIM BIN ABU BAKAR

datuk-naim

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka

YB. DATUK AHMAD KAMAL ARIFIN BIN ISMAIL

kamal-arifin

Penasihat Undang-undang Negeri Melaka

Y.B. DATUK ROSLAN BIN IBRAHIM

datuk-roslan

Pegawai Kewangan Negeri Melaka

Dijangkakan pada tahun 2017 ini akan bertukar para EXCO Kerajaan Negeri Melaka kerana kemungkinan besar pilihanraya akan diadakan.

 

Sumber Gambar : Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Melaka 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *