Sambutan Hari Intelek Negara 2013 di MITC

Pada 13-15 Jun 2013 yang lalu sekali lagi Melaka menjadi tuan rumah bagi satu majlis peringkat kebangsaan. Hari Harta Intelek Negara 2013 telah dilancarkan oleh YB Dato Hasan bin Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan pada 13 Jun 2013 yang lalu.

 Hari Intelek Negara

Sambutan Hari Intelek Negara ini dianjurkan bersama oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kerajaan Negeri Melaka dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia(MYIPO). Program ini diadakan di Dewan Pameran B, MITC Melaka dengan tema ‘ Transformasi Negara Bangsa Melalui Harta Intelek’.

Terdapat banyak program yang dianjurkan pada sambutan Hari Intelek Negara 2013 seperti berikut :-


8 JUN 2013

  • Treasure Hunt di Dataran Sejarah, Ayer Keroh

13 JUN 2013

Majlis Perasmian Harta Intelek

  • MAJLIS PERASMIAN OLEH YB DATO’ HASAN BIN MALEK, MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
  • PENYAMPAIAN ANUGERAH HARTA INTELEK NEGARA 2013
  • PIDATO
  • FORUM PERDANA BERTAJUK ‘ HARTA INTELEK : HARTA YANG PERLU DIJAGA’ DI MASJID AL -AZIM

forum-perdana-harta-intelek-dimasjid-alazim

13 JUN – 15 JUN 2013

  • PAMERAN DI DEWAN MITC

14 JUN 2013

  • SEMINAR HAKCIPTA DI BILIK SEMINAR MITC

15 JUN 2013

  • IP RUN DI PADANG MITC

program-ip-run-harta-intelek-negara

  • SEMINAR CAP DAGANGAN DI BILIK SEMINAR MITC
  • GAME SHOW DI DEWAN MITC
  • BINTANG RETRO (AKHIR) DI DEWAN MITC
  • KONSERT HARTA INTELEK DI DATARAN PAHLAWAN

Kredit Gambar : FB MyIPO

Sambutan Hari Harta Intelek yang dilaksanakan ini memang memberikan pengetahuan yang berguna kepada para pengunjung. Objektif utama penganjuran majlis ini yang ingin memberikan pemahaman dan penghayatan kepada orang awam serta menggalakkan budaya kreatif di kalangan masyarakat mampu dicapai.  .

Dengan menggunakan konsep pembelajaran dalam hiburan, program ini nampak menarik dan mendapat sambutan baik dari para pengunjung.  Tidak hanya tertumpu pada satu lokasi, sambutan hari intelek juga diadakan secara meluas dimana program ceramah, khutbah jumaat juga diselitkan tentang kepentingan harta intelek pada Negara. Disamping itu, program larian IP juga menunjukkan bahawa kecerdesan juga amat penting sebagai harta intelek dan bukan hanya sekadar produk sahaja.

Program 3 hari ini juga dapat memperkenalkan agensi Perbadanan Harta Intelek Malaysia kepada orang awam yang selama ini tidak mengenali agensi yang berfungsi sebagai badan utama yang berkuasa untuk mendaftarkan paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hak cipta dan petunjuk geografi. Selain itu badan ini juga memberie khidmat nasihat mengenai harta intelek. Ketika program berlangsung terdapat beberapa produk yang ingin dipatenkan oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti beca Melaka, asam pedas Melaka , cencalok dan beberapa produk lagi yang boleh dipatenkan. Ini merupakan inisiatif baik bagi mewujudkan keunikan dan kekuatan tersendiri bagi perkhidmatan dan produk keluaran Melaka. Semoga program ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan dengan aktiviti yang lebih menarik lagi.

Beca Berhias Melaka

Beca Berhias yang bakal dipatenkan

Untuk maklumat mengenai Perbadanan Harta Intelek cawangan Melaka sila hubungi pejabat mereka di

Pejabat Cawangan MyIPO Melaka

Lot 1-24 dan 1-25

Aras 1, Menara MITC

Jalan Konvensyen, Kompleks MITC

75450 Ayer Keroh

Melaka

Tel : 06-2324733

Faks : 06-2324727

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *