Sajian Ala Kampung di MITC Melaka

Melaka International Trade Centre(MITC) atau Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka terkenal dengan penganjuran majlis, ekspo serta pameran-pameran. Untuk bulan Ramadhan ini , MITC membuka lembaran baharu dengan menawarkan sajian makanan bufet berkonsepkan citarasa kampung.
Bufet yang terletak di ruang legar MITC ini menawarkan kepelbagaian jenis hidangan yang mampu menambat pelanggan yang mahukan suasana yang sederhana tetapi selesa.

Hidangan untuk berbuka puasa ini merupakan sesuatu yang menarik terutama bagi pengunjung di Melaka apatah lagi ianya merupakan hidangan yang cukup dekat dengan para pengemar masakan kampung.

mitc bufet
Antara masakan ala kampung yang dihidangkan

Terdapat lebih 100 jenis hidangan yang disediakan untuk hidangan bufet Ramadhan kali ini yang memberikan pilihan yang banyak untuk para pengunjungnya. Bufet Ramadhan MITC ini berlangsung pada 29 Mei lalu sehingga 23 Jun ini.

iftar MITC
Ruang Iftar di Bufet Ramadhan MITC yang luas

Ia merupakan pilihan terbaik kerana ianya mudah untuk anda. Lokasi tempat letak kereta yang luas samada di kawasan MITC atau di parking lot terbuka PKNM memudahkan bagi mencari loakasi. Lokasi MITC yang terkenal memudahkan untuk anda mencarinya.

nyanyian-mitc
Terdapat persembahan nyanyian ketika berbuka puasa
pengunjung-mitc-bufet
Barisan Pengunjung beratur untuk menikmati juadah secara buffet

Ditambah lagi pada musim Ramadhan kali ini terdapat jualan gudang dari Parkson dan Home Expo yang diadakan di dalam Dewan Utama pasti menjadi pilihan penggemar yang ingin mencari pakaian mahupun keperluan pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

parkson-mitc
Jualan Gudang dari Parkson di ruang dewan MITC. Pasti rambang mata dibuatnya

Menambahkan lagi kemeriahan, di ruang hadapan MITC terdapat pula Bazar Ramadhan yang mempunyai pelbagai jualan. Dari pakain hingga ke makanan semuanya terdapat di Bazar Ramadhan MITC yang menempatkan 80 orang peniaga. Pastinya mereka yang ingin membeli belah selepas berbuka tidak akan melepaskan peluang.
Terdapat pelbagai jualan disediakan antaranya produk keluaran sempena Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, makanan dan minuman, produk kecantikan. Bazar Ramadhan ini bermula pukul 3 petang hingga 1 pagi setiap hari serta terdapat cabutan bertuah disediakan.

Bagi yang ingin menunaikan terawih, Masjid Al-Alami hanya sekitar 500 meter sahaja dari MITC dan tidak sukar untuk anda menuju ke masjid selepas selesai iftar di MITC. MITC juga menyediakan surau di tingkat atas bagi anda menunaikan Maghrib selepas iftar.

Harganya juga agak berbaloi iaitu hanya RM 35.00 untuk dewasa dan RM25.00 untuk kanak-kanak. Untuk tempahan anda boleh menghubungi pihak MITC di talian : 019-6884316/ 06-2333337.

Sumber Gambar : Facebook MITC

 

Kami di Melakacool mengucapkan selamat berbuka kepada semua.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *