RTC Melaka – ‘Satu Hentian, Pelbagai Perkhidmatan ‘ Untuk Penduduk Luar Bandar

Apakah maksud RTC ?

RTC merupakan singkatan dari perkataan ‘Rural Transofrmation Centre’ yang membawa maksud Pusat Transformasi Luar Bandar. Kewujudan RTC adalah untuk menjadi satu pusat kepada pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program oleh pelbagai Kementerian secara kerjasama bagi membangunkan penduduk luar bandar.

Projek RTC merupakan projek gabungan antara Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani(MoA) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka serta pihak swasta.

Lokasi RTC Melaka

Melaka menjadi negeri ketiga di Malaysia selepas Gopeng, Perak dan Bandar Baharu Tunjung Kota Baharu, Kelantan yang melaksanakan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC). Pusat RTC Melaka yang telah mula beroperasi pada November 2012 ini terletak di Kuala Linggi di pejabat pengurusan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM).


Banggunan LKIM cawangan Melaka yang dijadikan pusat RTC Melaka

Agensi terlibat di RTC Melaka

Terdapat jabatan kerajaan serta agensi swasta termasuk Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Syarikat Air Melaka Berhad dan Tenaga Nasional Berhad yang memberi perkhidmatan di RTC tersebut. Dijangkakan juga terdapat beberapa agensi kerajaan Persekutuan dan negeri yang juga akan menempatkan pejabat mereka di sini.

Objektif projek RTC
Projek ini mempunyai objektif untuk menjadi pusat tumpuan dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti nilai tambah yang tinggi pada penduduk kampung setempat.
Di RTC penduduk tempatan akan mendapat faedah seperti

1. Boleh menjual produk pertaniah secara terus
2. Membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah
3. Mendapat kemahiran, menjalani latihan dan program keusahawan
4. Mendapat bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus
5. Berkongsi serta bertukar maklumat dan pengetahuan

RTC Melaka akan menjadi hab tempat pengumpulan ikan segar dari perairan Melaka atau diimport dari Indonesia. Bagi merealisasikan hasrat ini, penambahbaikan pusat pengumpulan dilakukan bagi memberikan keselesaan transaksi ikan di sini. Para nelayan juga boleh mengikuti kursus yang dilaksanakan di pusat ini bagi memberi nilai tambah kepada kemahiran para nelayan. Bagi para petani setempat pula, selain boleh menjual hasil tani secara terus mereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat serta keperluan perkakasan pertanian melalui agensi-agensi berkaitan.

Majlis pelancaran RTC Melaka dijangka akan diadakan pada 10 November 2012 jam 2 petang yang akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Utama, Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Jadi bagi mereka yang mempunyai kelapangan pada hari tersebut, silalah datang ke RTC Melaka kerana ada pelbagai aktiviti menarik yang disediakan (rujuk banner di bawah)

Semoga dengan penubuhan RTC ini dapat memberi manfaat kepada penduduk Melaka seperti kejayaan UTC Melaka. Pasti ia akan memberi nilai tambah yang baik kepada penduduk setempat sekaligus mencapai hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadi Melaka sebuah negeri maju dan berteknologi.

Sumber :- Laman Web RTC, SinarHarian
Kredit Gambar :- Dayat2020

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *