RM10,000 menanti atlet Melaka di SUKMA

SUKMA 2018 yang berlangsung di Perak menjanjikan insentif lumayan bagi atlet Melaka. Kerajaan negeri Melaka akan memberikan wang insentif berjumlah RM10,000 kepada mana-mana atlet negeri yang berjaya memecahkan rekod kebangsaan pada temasya SUKMA kali ini.
Menurut EXCO Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan melaka, Kerk Chee Yee atlet Melaka yang berjaya memecahkan rekod SUKMA pula akan menerima wang tunai berjumlah RM5,000.

Mnurutnya insentif kepada pemenang pingat emas adalah wang tunai RM5,000 bagi atlet individo, RM2,500 bagi atlet beregu, RM2,000 bagi atlet bertiga dan berempat serta RM1,000 bagi atlet berpasukan.
Bagi atlet yang meraih pingat perak pula mereka akan menerima RM3,000 bagi atlet individu, RM1,500 bagi atlet beregu, RM1,500 bagi atlet bertiga dan berempat serta RM750 bagi atlet berpasukan.
Bagi atlet yang meraih gangsa pula wang tunai RM1,500 kepada atlet individu, RM800 bagi atlet beregu, RM800 bagi atlet bertiga dan berempat serta RM500 bagi atlet berpasukan.

Pada kejohanan SUKMA kali ini yang berlangsung dari 11-22 September ini kontinjen Melaka menghantar 550 anggota melibatkan pegawai, jurulatih dan atlet yang akan menyertai 29 acara sukan. Sasaran yang ditetapkan ialah 18 pingat emas dimana sukan wusyu merupakan medan terbaik untuk kontinjen Melaka memperolehi emas.Beliau berkata bahawa bukan sahaja atlet yang mendapat insiatif bahkan jurulatih juga akan mendapat habuan tertentu sekiranya atlet mereka berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam acara sukan yang disertai.
Kerk menyatakan bahawa insentif tersebut sebagai penghargaaan kepada atlet yang mewakili Melaka untuk berusaha mencapai pencapaian terbaik pada temasya sukan tempatan ini. Kerk juga akan menjadi ‘Chef De Mission’ bagi kontijen Melaka ke acara dwitahunan yang sedangn berlangsung di Perak ini.

Semoga di SUKMA kali ini pasukan Melaka akan menonjolkan ramai atlet muda yang mampu digilap seterusnya mengharumkan nama Malaysia dan Melaka amnya. Sebagai contoh pelari pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan merupakan produk hasil dari SUKMA apabila berjaya menonjol pada SUKMA 2016 di Sarawak.  Ia membuktikan bahawa SUKMA mampu menghasilkan atlet bertaraf antarabangsa dan sudah pasti Melaka juga mempunyai atlet yang hebat.Cuma isu berkenaan Khairul Hafiz dan para atlet berkaitan perlu diambil perhatian agar para atlet kelahiran Melaka tidak lari ke negeri lain untuk beraksi di SUKMA akan datang.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *