Rekabentuk Kapal Layar bagi Stesen Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) di Melaka

Mungkin ramai yang dah tau tentang Melaka bakal menjadi lokasi persinggahan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura.
HSR yang dijangka akan memberi manfaat kepada negeri Melaka ini dijangka akan dibina dalam kawasan Durian Tunggal. Impak pembinaan HSR ini pasti memberikan kemajuan dari segi pembangunan, infrastruktur dan ekonomi di negeri Melaka.
Sudah pasti ramai yang akan menjadikan Melaka sebagai lokasi penempatan walaupun bekerja di Kuala Lumpur ataupun Singapura memandangkan kos sara hidup yang tidak terlalu tinggi berbanding kedua-dua bandar metropolis itu.

Laluan Keretapi Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) yang melalui kawasan Melaka

Dengan adanya HSR, perjalanan juga tidak terlalu panjang berbanding menggunakan kenderaan di jalanraya. Dengan kelajuan HSR yang dijangka melebihi 200 kilometer sejam pasti perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur hanya mengambil masa kurang dari satu jam.
Begitu juga untuk sampai ke Singapura hanya mengambil masa kurang dari dua jam  sekiranya projek ini selesai dilaksanakan kelak.

Pada majlis memperkenalkan rekabentuk stesen HSR pada hari Selasa lalu, rekabentuk HSR Durian Tunggal agak unik. Ia merupakan ilham Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Utama Mohd Najib Tun Razak yang memilih reka bentuk layar kapal dagang sebagai mercu stesen berkenaan.

stesen HSR Melaka
Rekabentuk Stesen Keretapi Rel Berkelajuan Tinggi yang berbentuk kapal layar

Menariknya, ilham tersebut adalah berdasarkan pantun rasmi Melaka yang berbunyi

“Kapal Dagang Dari Seberang,
Muat Saratan Kayu Meranti,
Dari Jauh Tuan/Puan Datang.
Kami di Melaka sedia menanti.”

Selain dari ilham Pantun tersebut, ianya juga berkait rapat dengan sejarah Melaka yang dahulunya terkenal sebagai pelabuhan perdagangan yang strategik pada zaman kegemilannya.
Sudah pasti ianya menjadi satu tarikan yang menarik untuk pelancong datang ke Negeri Melaka. Menurut Ketua Menteri Melaka kira-kira 150 hingga 200 ekar tanah akan digunakan untuk projek terbabit bagi fasa pertama yang dijangka akan dimulakan pembangunan pada November 2017 dan beroperasi pada tahun 2026.
Mungkin dengan tersergamnya HSR di Melaka nanti kesesakan di jalanraya Melaka pada hujung minggu dapat dikurangkan. Orang Melaka yang bekerja di Kuala Lumpur mahupun di Utara Semenanjung Malaysia juga boleh pulang balik kampung dengan lebih kerap. Tidak boleh menggunakan alasan kesesakan lalulintas lagi pada ibubapa.

Sumber :- Facebook Najib Razak

Melaka Hari Ini

MyHsr.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *