Pulau Besar digazet Pulau Bebas Cukai

Pulau Besar bakal jadi Pulau sehebat Pulau Langkawi? Adakah ianya akan menjadi realiti? Admin Melakacool pernah mendengar kenyataan dari pimpinan kerajaan terdahulu untuk menjadikan pulau paling popular di Melaka, Pulau Besar sebagai Pulau Bebas Cukai.
Tapi ianya sekadar bunyi dalam media sahaja dan tiada tindakan. Sebaliknya Pulau Besar menjadi tempat kunjungan mereka yang menjalankan ritual khurafat disitu.

Kepimpinan kerajaan baharu nampaknya ingin meneruskan usaha tersebut dalam menjadikan Pulau Besar sebagai Pulau Bebas Cukai bagi menukar persepsi negatif terhadap pulau itu,
Menurut Ketua Menteri, Adly Zahari Pulau Besar dalam perancangan untuk mempunyai produk bebas cukainya sendiri serta dijadikan pusat untuk membangunkan industri koko di pulau itu.
Dengan perkembangan itu, ia akan menjadi pusat bagi tumpuan penjualan coklat yang hebat di negara ini. Menurutnya juga, Pulau Besar sebelum ini diberi hak bebas cukai untuk minuman keras dan rokok sahaja.

jeti Pulau Besar

Admin menyambut baik cadangan tersebut untuk memajukan Pulau Besar terutama untuk menarik pelancong datang ke pulau tersebut. Ini sekaligus akan mengurangkan aktiviti khurafat apabila terdapat ramai pelancong yang datang untuk aktiviti yang lain. Mungkin cadangan pembangunan koko ini akan dapat menaikkan nama Pulau Besar dan Melaka amnya. Mungkin juga Kerajaan Negeri boleh mengembalikan usaha mengadakan kembali kursus di Pulau Besar yang pernah diadakan pada satu ketika dahulu. Sekurang-kurangnya ia boleh mengembali menaikkan kembali industri pelancongan di sana sekaligus memberikan nilai tambah kepada penduduk di sana.

Kalau tak silap sebelum ini ada ura-ura untuk mengadakan pusat tahfiz di Pulau Besar tapi admin tak pasti samada ianya dilaksanakan atau tidak.

Bagi anda yang mungkin tidak tahu mengenai antara pulau yang bermisteri di Malaysia ini,  berikut merupakan sedikit maklumat mengenai Pulau Besar, Melaka.

Pulau Besar, Melaka terletak 15 kilometer dari Melaka dan anda boleh ke sana dengan menaiki feri atau bot laju yang boleh diambil dari Jeti Anjung Batu atau di Jeti Umbai.
Pulau Besar berkeluasan 168 hektar dan ia berbentuk seperti wanita terbaring.
Ketika ini tarikan utama di Pulau Besar adalah sejarah seperti kawasan perkuburan, monumen-monumen yang terdapat di Pulau Besar.
Antaranya ialah :-

  • Makam Syarifah Rodziah
  • Makam Tok Janggut
Antara Makam yang terdapat di Pulau Besar
  • Makam Tok Putih
  • Perigi di Kaki Pulau
  • Batu Belayar@Batu Penambat Kapal
  • Batu Tengkorak
  • Pokok Disula
  • Tasik Biawak
  • Batu Belah
  • Keramat Masin Tawar
  • Istana Bunian
  • Perkampungan Bunian
  • Tasik Bunian
  • Gua Yunus
  • Keramat Ular
  • Makam Nenek Kebayan
  • Perigi Tempayan Pecah
  • Makam Tujuh Beradik
  • Makam Seribu
  • Makam Nisan Satu
  • Perigi Nenek Musallimah
  • Tapak Kaki Sultanul Aarifeen
  • Batu Lesung

Bagi yang gemar memancing, Pulau Besar juga merupakan lokasi yang tenang untuk aktiviti tersebut.

Rujukan :-Portal melaka News

Kredit Gambar :-Portal melaka News
Berita Daily

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *