7 Langkah Pengundian Pilihanraya Umum Ke 13 Malaysia

Hari mengundi sudah semakin dekat dan disebabkan mengundi hanya lima tahun sekali, tentu ramai yang tidak ingat apa langkah-langkah untuk mengundi. Terutamanya pengundi-pengundi baru yang pertama kali hendak mengundi. Berikut adalah 7 langkah pengundian yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia:

  1. Sila masuk apabila dibenarkan oleh polis yang mengawal di pintu masuk.
  2. Serahkan MyKad/Dokumen Pengenalan dan slip semakan kepada Kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari.
  3. Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil.
  4. Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, Kerani Pengundian Pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih. Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga.
  5. Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
  6. Masukkan kertas undi di dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.
  7. Keluarkan segera dari Tempat Mengundi.

Bagus, anda telah pun selesai melaksanakan tanggungjawab anda sebagai pengundi.

7 Langkah Pengundian

Sila klik untuk gambar yang lebih besar dan jelas. Untuk maklumat lanjut mengenai Pilihanraya Umum ke 13 Malaysia, sila ke laman portal rasmi PRU13 di http://www.pru13.gov.my/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *