Promosi Jualan Buku ‘ The Big Bad Wolf Book Sale’ di MITC

Adakah anda peminat buku ?  Jika ya, pasti anda akan berminat jika terdapat jualan murah bagi buku-buku yang berkualiti. Pada 9-13 Mei 2013 ini diadakan jualan buku-buku berkualiti dengan harga murah di MITC, Melaka.  Bagi pelajar pula yang menerima baucar BB1M ini merupakan kesempatan untuk anda membeli buku-buku menggunakan baucar tersebut dengan sebaiknya.

the-big-bad-wolf-book-sale

Promosi jualan tersebut yang dinamakan sebagai ‘The Big Bad Wolf Book Sale ‘ dianjurkan oleh Book XCess dan Big Bad Wolf Book.  Terdapat pelbagai buku dengan pelbagai kategori  seperti  perniagaan, pengangkutan, fotographi, kesihatan dan banyak lagi . Buku yang ditawarkan pada promosi jualan buku berkualiti dimana kebanyakannya diimport dari syarikat penerbitan luar Negara dengan harga yang pasti mengejutkan. Melalui pemerhatian, didapati harga terlalu murah dari harga pasaran. Sebagai contoh , buku yang mendapat penjualan terbaik di New York ‘ Why We Want You To Be Rich’ cetakan harga pada buku tersebut adalah $24.95 US tetapi di pameran ini buku tersebut hanya bernilai RM8.00. Memang berbeza sekali harga yang ditawarkan dan kebanyakan buku juga dijual dalam lingkungan RM5.00 – RM20.00 walaupun kandungan buku yang tebal.  Susunan buku juga teratur dengan lokasi terbuka yang memudahkan pemilihan buku-buku berdasarkan kategori.

the-big-bad-wolf-sale-mitc

Suasana di pameran jualan buku ‘The Big Bad Wolf Book Sale’

Saya berkesempatan untuk menghadiri promosi jualan tersebut pada 10 Mei 2013. Walaupun pada hari Jumaat tengahari namun terdapat ramai pengunjung yang datang ke lokasi promosi tersebut. Peminat buku tidak melepaskan kesempatan untuk memiliki buku pada harga yang murah. Ramai pembeli yang membeli buku dalam kuantiti yang banyak. Saya yang pada mulanya hanya sekadar ingin melihat juga terpengaruh dan membeli 4 buah buku dengan jumlah hanya RM29.00.  Nilai yang berbaloi dengan buku yang dibeli.

big-bad-wolf-book

Antara koleksi buku yang terdapat dalam pameran promosi 

Walaubagaimanapun ada beberapa perkara yang perlu diperbaiki oleh penganjur. Antaranya ialah :-

  1. Memperbanyakkan buku terbitan tempatan. Pada promosi tersebut kebanyakan buku yang dijual adalah dari penerbitan luar Negara. Walaupun terdapat buku tempatan kebanyakkannya adalah berbahasa Inggeris.  Mungkin pihak penganjur boleh menambah buku berbahasa Melayu, Cina, Tamil dan sebagainya.
  2. Kurang promosi secara meluas di Melaka. Agak sukar untuk mencari promosi yang dilakukan oleh pihak penganjur. Mungkin pihak penganjur boleh melakukan promosi yang lebih kerap di media masa bagi memaklumkan tentang promosi ini.
  3. Selain di MITC, mungkin pihak penganjur boleh mengadakan pameran ini secara kerap di lokasi berlainan di Melaka.

Pameran ini memang bagus untuk memupuk tabiat membaca di kalangan rakyat Melaka.  Ia sekaligus dapat membantu menambah ilmu pengetahuan kepada penduduk Melaka sekaligus menambah modal insan seperti yang diharapkan oleh Kerajaan Negeri Melaka.  Kepada mereka yang gemar membaca samada penduduk Melaka atau pelancong bolehlah datang ke MITC dari 9-13 Mac 2013. Untuk keterangan lanjut boleh menyemak di Facebook Big Bad Wolf Books.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *