Pesta Buku dan Multimedia 2017 di UTeM

Bagi penggemar buku dan maklumat multimedia, ini satu peluang yang baik untuk anda. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melalui kerjasama Perpustakaan UTeM akan menganjurkan Pesta Buku dan Multimedia UTeM terbuka dan secara besar-besaran kepada orang ramai dari seluruh negara.
Pasti peluang ini perlu direbut terutama oleh orang Melaka termasuk rakan-rakan di Melakacool. Pesta Buku dan Multimedia UTeM melalui tema ‘Merintis Ilmu Menguasai Dunia’ itu akan berlangsung selama empat hari mulai 14 hingga 16 September 2017 di UTeM.

Ketua Pegawai Maklumat UTeM, Mohd Isa MOhd Dom berkata, bahawa objektif program ini bagi menggalakkan rakyat Malaysia terutamanya warga UTeM membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian.
Program ini juga memberi ruang kepada orang ramai untuk mendapatkan naskhah terkini bahan bacaan secara terus dari pembekal dan penerbit buku yang terkenal.

Bahan rujukan juga disediakan yang meliputi pelbagai golongan sasar pembaca. Menurutnya juga, dijangkakan terdapat 40 tapak pameran yang terdiri daripada 40 penerbit serta pembekal buku tempatan dan antarabangsa. Selain itu, 10 tapak telah digunakan sebagai tapak jualan dari pembekal peralatan teknologi maklumat dan komunikasi serta lain-lain.
Majlis ini akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob pada 14 September 2017. Bersempena majlis itu juga akan dilangsungkan majlis pelancaran nama Bangunan UTeM terdiri dewan besar, perpustakaan, kolej kediaman dan tasik UTeM.

Selain pameran buku terdapat juga sesi motivasi yang diadakan melibatkan pakar motivasi seperti Prof Datuk Ir. Dr. Mohd Jailani bin Mohd Nor, serta Ustaz Don dan Ustaz Nushoi
Pelbagai aktiviti tambahan seperti aktiviti tayangan video pendek, teka buku misteri, sayembara puisi yang diadakan.
Jadi marilah beramai-ramai hadir ke majlis yang pasti memberi manfaat kepada kita semua ini.

Sumber Berita : Melaka Hari Ini
Facebook UTeM

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *