Pemain JDT bakal perkuat Melaka United musim 2018

Sesekali admin cerita pasal sukan kegemaran ramai, bola sepak. Penyokong Melaka memang fanatik sehingga mempunyai kelab yang digelar Ultras Taming Sari (UTS). Bukan itu sahaja, melalui sumber dalaman, Ultras Malaysia iaitu kelab penyokong bola sepak Malaysia juga ditunjangi oleh salah seorang anak Melaka.
Memang berdarah pahlawan anak Melaka ni. Tapi musim pertama skuad Melaka di Liga Super nampaknya kurang menarik. Hampir-hampir sahaja pasukan juara Liga Perdana 2016 tersingkir ke Liga Super. Nasib baik pada akhir-akhir perlawanan skuad Sang Kancil menunjukkan kebolehan dengan memberikan mata-mata berharga.
Malahan melayakkan diri ke pusingan suku akhir Piala Malaysia 2017 juga boleh dibanggakan bagi skuad yang sudah lama menyepi dalam arena bola sepak tempatan.

Bagi penggemar sukan bola sepak mesti mengenali pesaing dari negeri berjiran iaitu Johor Darul Ta’zim atau lebih dikenali dengan nama JDT. Pasukan JDT yang diterajui Tengku Mahkota Johor menunjukkan prestasi mengkagumkan apabila menjuarai Liga Super selama 4 tahun berturut-turut. Pastinya pasukan Melaka United mempunyai impian untuk menjadi sehebat pasukan itu.
Memandangkan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusof Mahadi yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pastinya peluang untuk mengukuhkan skuad bola sepak Melaka United cerah.

Berita terkini yang disampaikan oleh akhbar-akhbar memaparkan bahawa pasukan Melaka United sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan beberapa pemain JDT secara pinjaman. Antara pemain yang diintai adalah S. Chanturu dan R Gopinathan. Ia merupakan berita gembira kerana kedua-dua pemain tersebut mempunyai pengalaman luas dalam beraksi di Liga Super.
S. Chanturu yang pernah menjulang piala bersama Kelantan manakala R Gopinathan pernah memenangi piala bersama Pahang dan Selangor. Dengan pengalaman kedua-dua pemain serta pengesahan beberapa pemain sediaada yang kekal dengan Melaka United akan mengukuhkan barisan skuad Melaka United pada musim 2018.

Selain dari dua pemain tersebut, pengurusan MUSA juga dikatakan sedang mencari penjaga gol baharu bagi memperkemaskan benteng pertahanan yang bolos sebanyak 46 gol dalam Liga Super lalu. Ketua Jurulatih sediada Eduardo Almeida dari Portugal dilanjutkan kontrak setahun bagi membimbing skuad Melaka United selepas pengurusan berpuas hati dengan prestasinya. Disamping itu, Melaka United turut melantik Miguel Jose Leite dari Portugal sebagai Pengarah Terknikal bagi memperbaiki struktur bola sepak di negeri ini dari peringkat professional hingga ke peringkat akar umbi.

Eduardo Almeida
Eduardo emelda, jurulatih dari Portugal

Melakacool pernah menyuarakan 6 Perkara Penting yang perlu dilakukan oleh Melaka United  bagi memperbaiki skuad Melaka United ketika pertengahan musim yang lalu.  Jadi secara teknikalnya, MelakaCool merasakan keputusan skuad Melaka United pada musim ini agak baik cuma cabaran yang menanti di musim akan datang pasti lebih mencabar. Sebolehnya pihak pengurusan MUSA perlu menjaga struktur kewangan kerana ia boleh menjadi punca kejatuhan para pemain itu sendiri. Pemilihan pemain juga perlu telus. Sebolehnya pencarian bukan sahaja pada penjaga gol tapi juga di barisan pertahanan yang agak longgar. Kekalahan pada perlawanan terakhir ketika menentang Kelantan di gelanggang sendiri tidak boleh diterima oleh kebanyakan para penyokong apatah lagi selepas skuad Sang Kancil berjaya mendahului pada separuh masa pertama.

Yang terkini, penjaring terbanyak Liga Super 2017 Mohammed Ghaddar dijangka akan memperkuatkan pasukan Melaka United.

Diharap pasukan Melaka United pada musim hadapan akan memberikan cabaran yang lebih. Semoga berjaya skuad Melaka United. Gegau Melaka Gegau.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *