Pasar Ramadhan Peringgit

Pasar Ramadhan adalah lokasi yang menjadi tumpuan di bulan Ramadhan. Bukan hanya pengunjung beragama Islam yang menunaikan ibadah puasa, mereka yang bukan beragama Islam juga mengambil kesempatan untuk mendapatkan juadah-juadah menarik yang dijual di pasar ramadhan tersebut.

Antara pasar Ramadhan yang agak terkenal di Melaka adalah pasar Ramadhan Peringgit. Pasar Ramadhan Peringgit terletak di Bukit Peringgit berdekatan dengan Galeri Tun Ghaffar Baba. Ia dibuka seawal jam 3.00 petang untuk para pengunjung mendapatkan makanan yang enak-enak. Selain itu, ia juga terletak berhampiran dengan masjid Bukit Peringgit yang memudahkan pengunjung untuk menunaikan solat ketika berkunjung ke pasar Ramadhan tersebut.

Kawasan sekitar pasar Ramadhan.



Juadah lauk yang dijual mempunyai banyak variasi di Pasar Ramadhan Peringgit.


Biasa kita dengar ikan 3 rasa tapi kali ini Roti John pun ada 3 rasa.


Gerai kuih udang Alor Gajah yang terkenal juga terdapat disini. Tak perlu pergi ke Alor Gajah untuk merasai kenikmatan kuih udang Alor Gajah pada bulan Ramadhan ni.


Murtabak pastinya menjadi pilihan di bulan puasa dan Murtabak Rendang ini pasti menjanjikan kelainan.

Banyak lagi gerai-gerai yang terdapat di pasar Ramadhan Peringgit yang boleh anda pilih. Sudah pasti anda akan rambang mata bila melihat makanan dan minuman yang dijual. Bagi mengelakkan kesukaran untuk mencari tempat letak kereta yang penuh, elok kiranya anda datang sebelum pukul 5.00 petang.

Walaupun begitu, janganlah terlalu sibuk berbelanja makan sehingga membazir pula. Tapi kalau nak try buffet ramadhan, baca post buffet ramadhan 2012 ni.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *