Panggung Bangsawan Melaka tarikan pelancongan

Bagi orang Melaka yang sering berjalan-jalan di Melaka pada era sebelum 2000 mungkin mengenali panggung wayang Cathay yang terletak di bandar Melaka.
Admin ingat lagi masa tu filem Melayu yang meletup seperti Sembilu, Xx-Ray yang menjadi pilihan penggemar filem tempatan ketika itu. Lokasi yang strategik dan berdekatan dengan stesen bas Melaka memudahkan terutama remaja zaman itu menonton filem.
Tapi itu cerita 20 tahun dulu dan panggung wayang Cathay itu telah lama berkubur. Pernah juga melihat banggunan itu dijadikan pusat komersial jual barang-barang tapi baru-baru ini ianya telah berubah wajah.

Melalui inisiatif agensi Kerajaan Negeri, Perbadanan Ketua Menteri , banggunan yang usang itu disegarkan kembali dengan aktiviti keseniaan. Ianya telah menjadi Panggung Bangsawan Melaka yang memperkenalkan aktiviti keseniaan tempatan terutama pementasan bangsawan dan teater. Banggunan ini telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka pada 1 Oktober 2016.
Menurut Pengurus Besar Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) Datuk Ab. Rahman Ismail, pihaknya merancang untuk mengadakan pementasan secara berjadual dalam usaha menjadikannya sebagai pusat seni muzik dan intelektual berprestij tinggi.

Banggunan Panggung Bangsawan Melaka

Beliau berkata, pihaknya optimis dan mempunyai strategi untuk menjadikan panggung itu setaraf pusat pementasan luar negara seperti di Royal Albert Hall; Londonm Sydney Opera House; Australia dan Broadway Theatre New York; Amerika Syarikat.
Pada 20 dan 21 Oktober 2017 jam 8.00 malam, juga akan diadakan satu pementasan teater di Panggung Bangsawan selama dua hari bermula 21 Oktober yang bertajuk ‘ Tun Fatimah, Srikandi Empayar Melaka’ . Kolaborasi antara pihak Panggung Bangsawan dengan Istana Budaya ini merupakan kali keempat sekaligus memastikan ia boleh dijadikan lokasi terbaik bagi pementasan teater.

teater tun fatimah
Poster Teater ‘Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka’

Teater ‘ Tun Fatimah’ itu menampilkan nama besar dalam industri seni seperti Maya Karin yang memegang watak utama sebagai Tun Fatimah manakala Remy Ishak sebagai Sultan Melaka. Tiket bagi Pementasan Tun Fatimah itu dijual pada harga bermula RM50 hingga RM150 dan boleh ditempah melalui 0166009282 (Jaja), 0176463816 (Hamime) atau melalui kaunter pejabat Perbadanan Ketua Menteri Melaka di Aras Bawah, Menara MITC, Ayer Keroh Melaka mulai jam 8.30 pagi – 5.30 petang.

Gambar Aktivit Panggung Bangsawan Melaka:-

Jalaludin Hasan sebagai sultan dalam teater pementasan Tun Mamat

Antara Pementasan Yang Pernah Dilaksanakan , Bangsawan Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang yang diarahkan oleh pengarah terkenal, Lokman Ghani dan dibarisi pelakon terkenal seperti Dato Jalaluddin Hassan, Awie dan Vanida Imran

Poster Persembahan Wayang Kulit & Dikir Barat yang telah diadakan pada 10 & 11 Mac 2017

Sumber Berita :-Melaka Hari Ini
Facebook Perbadanan Ketua Menteri Melaka
Facebook Panggung Bangsawan Melaka Official

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *