Muzium Samudera

Masa jejakkan kaki untuk pertama kalinya di Melaka zaman kanak-kanak dulu. Mak dan ayah bawa pergi satu kapal yang sangat besar di Melaka. Apa nama kapal tu? Dan tak pasti daripada mana dengarnya maklumat ni, kapal tu di panggil kapal Diana. Wah! Nama pun hebat rupanya pun cantik. Di dalam kapal tu pulak macam-macam ada. Untuk dijadikan cerita suatu masa dulu. Tapi, yang sebenarnya nama kapal besar yang ada kat Melaka tu ialah Muzium Samudera. Ya! Dalamnya ada pelbagai barangan sebab ianya sebuah muzium!

Menara Taming Sari

Muzium Samudera ini terletak berhampiran muara Sungai Melaka iaitu kini dikenali sebagai Jalan Quayside. Kapal ini dibina berdasarkan rekabentuk asal kapal ‘Flor de La Mar’ kepunyaan Portugis yang tenggelam di Selat Melaka. Menurut catatan sejarah, kapal tersebut dipercayai sedang cuba berlayar ke Potugis dengan barangan sejarah milik kesultanan Melaka yang dimuatkan di perut kapal itu. Belum pun jauh perjalanan mereka, akhirnya kapal itu tenggelam dan turut menenggelamkan barang-barang berhaga warisan negeri Melaka bersamanya di tengah laut itu.

Muzium Samudera itu berkeluasan 34 meter tinggi , 36 meter panjang dan 8 meter lebar. Ianya dirasmikan pada 13 Jun 1994. Di muzium ini pelawat boleh melihat dengan lebih dekat lagi kemasyhuran kesultanan Melaka pada kurun ke-14 hingga ke era Portugis, Belanda dan Inggeris. Bersesuaian dengan namanya Muzium Samudera, maka segala aktiviti berkaitan dengan maritime turut dipamerkan di sini seperti peta, replika kapal serta pelbagai jenis artifak yang telah tenggelam bersama kapal peninggalan Portugis suatu masa dulu. Antara artifak yang boleh ditemui termasuklah pinggan mangkuk zaman kesultanan Melaka dan juga peralatan istana yang berharga.

Muzium Samudera ini dibuka pada setiap hari kecuali cuti umum. Pada hari Isnin hingga Khamis, ianya dibuka seawal jam 9 pagi dan tutup pada jam 5.30 petang. Manakala, pada Jumaat serat hujung minggu pula ianya dibuka dari jam 9 pagi sehingga jam 9 malam. Kadar bayaran masuk adalah sebanyak RM3 bagi dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak dan juga pelajar. Bagi sebarang pertanyaan, hendaklah dikemukakan kepada :

Kurator Kompleks Muzium Maritim Perbadanan Muzium Melaka
Tel: 06-2830926 Email: syahidah@perzim.gov.my

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *