Menara Taming Sari

Apabila anda menjejakkan kaki ke Melaka, rasanya tentu anda tidak akan lupa untuk singgah di Bandar Hilir, Melaka. Di sana merupakan tempat tumpuan orang ramai terutamanya pelancong dari luar negeri dan juga pelancong asing. Di sana terdapat satu pusat informasi pelancongan yang dapat memberikan panduan kepada para pengunjung yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana. Setidak-tidaknya apabila anda sampai ke pusat informasi anda akan dapat melihat rekaan menara tinggi yang seperti Menara Kuala Lumpur. Tetapi, rekabentuk Menara Taming Sari itu bukanlah diambil daripada senibina menara Kuala Lumpur tapi lebih kepada bentuk keris lagenda Taming Sari yang sedia maklum di dalam sejarah negeri Melaka.

Menara Taming Sari yang setinggi 110 meter ini merupakan menara pandang yang letaknya di tengah-tengah Bandar Melaka bersebelahan Dataran Pahlawan. Keunikan menara pandang ini adalah ianya dapat berputar sebanyak 360 darjah di udara dan kepakaran dari Switzerland telah digunakan dalam senibina menara ini. Para pengunjung dapat menyaksikan pemandangan di sekitar Melaka apabila berada di udara. Pada satu ketika putaran akan berhenti bagi membolehkan pengunjung melihat kawasan tertentu dengan lebih jelas. Ianya suatu pengalaman yang menarik untuk di cuba! Walaubagaimanapun, tidak digalakkan untuk para pengunjung bangun dari tempat duduk ketika berada di atas menara tersebut.

Menara Taming Sari yang bernilai 24juta ini dapat membawa sejumlah 240 penumpang dalam tempoh sejam dan satu putaran lengkap di puncak mengambil masa lebih kurang 7 minit. Hanya 66 orang penumpang sahaja yang dibenarkan naik pada satu masa dan tiada lebihan penumpang dibenarkan bagi menjamin keselamatan. Kesemua penumpang diminta duduk di tempat duduk yang tersedia sepanjang berada di dalam menara.

Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM20 bagi dewasa, RM10 untuk kanak-kanak dan RM17 pula bagi warga emas. Namun, kepada pemegang Mykad akan diberi diskaun sebanyak 50% daripada harga asal dan anda dikehendaki untuk menunjukkan Mykad ketika membeli tiket di kaunter. Di bangunan ini terdapat juga kedai cenderamata dan juga Taming Sari Café.

Bagi yang pertama menjejakkan kaki ke negeri penuh bersejarah ini, dengan menaiki menara pandang ini dapat membuatkan anda begitu teruja untuk melawat tempat-tempat menarik lain yang boleh dilihat di udara seperti Muzium Samudera, Bukit St Paul, Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka.

Selepas itu, anda juga boleh membeli belah di beberapa shopping malls yang berdekatan seperti Mahkota Parade Shopping Complex and Dataran Pahlawan Megamall yang hanya 3 minit perjalanan.

Fakta-Fakta menarik tentang Menara Taming Sari


Pertama kali dibuka pada 18 April 2008.
Nama: Menara Taming Sari
Kos: RM 24 juta termasuk bangunan sokongan – Melaka house
Ketinggian: 110 meter
Kapasiti Penumpang: 66 passengers
Teknologi: Switzerland
Masa Pusingan: 7 minit
Harga Tiket: RM20.00 (Adult) RM10.00 (Children) – 50% diskaun untuk pemegang MyKad
Waktu Operasi: 10.00 am to 10.00 pm setiap hari

Alamat: Jalan Merdeka, Banda Hilir, 75000 Melaka.
Tel: 06-2881100/06-2813366

Direction to Menara Taming Sari? Sila lihat peta Google Map di bawah:


View Larger Map

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *