Melaka River Cruise

Sukakan keindahan panorama setempat? Gemar mengambil gambar pemandangan alam semulajadi? Impikan suatu pengalaman menarik bersiar-siar dengan bot di tempat peranginan? Anda tidak perlu pergi jauh kerana Melaka kini telah menyediakan perkhidmatan bersiar dengan bot di Sungai Melaka. Terdapat pakej beserta dengan pemandu pelancong yang menceritakan serba sedikit sejarah tentang negeri Melaka dan tempat-tempat menarik yang pelancong akan lewati apabila menaiki bot.

Tidak dapat dinafikan bahawa idea yang diperkenalkan ini salah satu lagi cara untuk memajukan negeri Melaka selain memperkenalkan Sungai Melaka yang menjadi titik permulaan bermulanya negeri Melaka. Dahulunya sungai Melaka bukanlah suatu tempat komersil yang boleh dipamerkan kepada pelancong asing, namun kini perkembangan terbarunya sangat boleh dibanggakan. Aliran airnya kini semakin deras dan jernih, panorama di sepanjang sungai juga dapat menggamit perhatian pelancong.

Terdapat 26 jenisbot yang boleh digunakan dan kesemua bot dinamakan dengan nama pahlawan-pahlawan Melayu Melaka seperti Hang Tuah, Hang Jebat dan seterusnya. Di samping itu, alunan lagu tradisional Dondang Sayang turut dimainkan sepanjang perjalanan menyusuri Sungai Melaka. Para pengunjung turut dapat melihat pohon Melaka yang menjadi sejarah pembentukan negeri Melaka itu sendiri. Bot juga akan melewati rumah-rumah yang mewarisi senibina negeri Melaka dan masih mengekalkan senibina asli sejak turun temurun. Beberapa buah jambatan terawal Melaka turut dilewati serta salah satu jambatan yang menjadi sejarah di mana ia menjadi tapak permulaan system barter di Melaka.

Setiap 30 minit, aka nada bot menunggu para pelancong. Perjalanan menyusuri Sungai Melaka itu mengambil masa kira-kira 45 minit di sepanjang lebih kurang 9 kilometer. Perjalanan dimulakan di Pusat Sejarah Quayside dan berakhir di Taman Rempah. Perjalanan menyusuri Sungai Melaka ini bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 12 tengah malam. Tentunya pemandanga pada waktu siang dan malam amat berbeza apabila laluan dilimpahi lampu-lampu neon dan juga jambatan yang dihiasi lampu pelbagai warna beserta udara malam yang segar.

Bayaran untuk setiap perjalanan berbeza mengikut kadar perseorangan dan berkumpulan. Sekiranya berkumpulan anda dikenakan bayaran sebanyak RM100 bagi setiap bot yang bermuatan 20 hingga 40 orang. Bagi dewasa persendirian dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan kanak-kanak di bawah 12 tahun hanya RM5.

Bagi sesiapa yang berminat untuk melakukan perjalanan berkumpulan boleh menghubungi:
Melaka River Cruise
06-281 4322.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *